Koleksi Makanan Terbaik Di Alor Setar Kedah

Kedah merupakan negeri kedua terbesar di utara Semenanjung Malaysia dan negeri ini juga kaya dengan kebudayaan yang masih utuh dalam diri masyarakatnya. Sebut sahaja mengenai negeri Kedah pasti anda akan membayangkan keindahan sawah padinya dan kekaguman mengenai tempat-tempat bersejarah yang banyak terdapat di negari ini. Selain daripada itu, anda juga wajib mencuba empat makanan yang popular di Kedah. Antaranya ialah Laksa Ikan Sekoq, Nasi Lemak Hijau Medina, Awi Pulut Durian, dan Mee Rebus Mikamal Pasti rugi jika anda tidak mencubanya kerana keaslian rasanya hanya terdapat di Kedah, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

kedah

1. Laksa Ikan Sekoq

Laksa merupakan makanan yang sudah sinonim dengan masyarakat Kedah. Laksa Ikan Sekoq terletak di No.66, Rumah Kedai Perumahan Awam Mergong, Jalan Gangsa, 05150 Alor Setar Kedah. Kedai ini dibuka pada hari Isnin Hingga Sabtu iaitu pada pukul 11.30 pagi sehingga 7.30 malam sahaja dan akan bercuti pada hari Ahad. Jadi anda haruslah meluangkan waktu siang kerana pada waktu malam kedai ini tidak akan beroperasi. Dikatakan ikan yang selalu digunakan ialah ikan kembung dan ikan selayang kerana rasa ikan ini amat manis dan dapat memikat selera orang yang memakannya. Laksa di kedai ini akan dihidangkan bersama ikan sekoq dan anda boleh meminta tambah telur sebiji. Dikatakan juga jika anda membeli Laksa Ikan Sekoq anda akan berpeluang untuk menambahnya lagi dengan percuma. Selain daripada menu Laksa Ikan Sekoq terdapat juga menu-menu lain yang boleh anda dapati di sini.

laksa

2. Nasi Lemak Hijau Medina

Nasi lemak merupakan makanan harian masyarakat Melayu. Serata negeri di Malaysia menghidangkan makanan ini namun apa yang membezakan nasi lemak ini dengan nasi lemak yang lain adalah warnanya yang hijau. Alamat restoran ini adalah Le Medina Patisserrie, No.1 Wisma Koperasi, Jalan Stadium, 05100 Alor Setar Kedah. Warnanya yang menarik pasti memikat sesiapa sahaja yang melihatnya. Rasa Nasi Lemak Hijau Medina mendapat sambutan yang hangat di restoran Le Medina Patisserrie kerana rasanya yang lazat beserta harganya yang berpatutan. Harga bagi sepinggan Nasi lemak ini hanya Rm 13.90. Murah kan.

nasi lemak hijau

3. Awi Pulut Durian

Sesiapa yang obses dengan durian bolehlah datang ke gerai Awi dan merasa sendiri keenakan rasa pulut duriannya. Gerai ini sangat popular dalam kalangan masyarakat di sini. Rata-ratanya memuji akan kelemakan pulut duriannya. Bak kata orang sekali datang pasti nak lagi. Lokasi gerai ini adalah di belakang Bank Rakyat Alor Setar dan beralamat No.4, Gerai Buah, Jalan langgar Alor, 05100 Alor setar Kedah. Kedai ini dibuka pada setiap hari iaitu pada pukul 8.30 pagi sehingga petang dan ianya bergantung juga kepada stok makanannya, kalau habis awal maka gerai ini akan ditutup lebih awal. Terdapat juga menu-menu lain yang dijual, antaranya ialah Nasi Ayam Berempah dan Nasi Ayam Percik.

pulut durian

4. Mee Rebus Mikamal

Mee Rebus Mikamal terkenal dengan kepekatan kuahnya dengan kombinasi kuah mee rebus dan kuah cili yang diselaraskan untuk mendapatkan rasa pedas yang menyengat. Rasa masam daripada limau nipisnya dan kemanisan yang diciptakan menambahkan lagi aroma rasa dalam masakan di Restoran Mikamal. Restoran ini tidak jauh daripada Istana Anak Bukit, Jika anda singgah di Restoran ini anda juga berpeluang melihat Istana Anak Bukit yang tersergam indah. Alamat restoran ini adalah No.4, Taman Tunku Bendahara, Anak Bukit, Alor Setar Kedah. Restoran Mikamal akan beroperasi pada setiap hari dan dibuka dari pukul 6.30 pagi sehingga 9.30 malam.

mee rebus

Keempat-empat makanan yang dinyatakan adalah makanan yang amat digemari oleh pengunjung tidak kira daripada masyarakat di sekitar negeri Kedah mahupun daripada luar. Keunikan rasa yang terdapat pada makanan tersebut pasti akan membangkitkan selera sesiapa sahaja. Jadi jomlah ke Kedah. Segala cadangan dan perkongsian amatlah dialu-alukan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.