Kubur Bersejarah Kampung Tok Soh, Pinang Tunggal Kedah

Kampung Tok Soh terletak di Pinang Tunggal iaitu berhampiran dengan Sungai Petani Kedah. Tok Soh dikatakan merupakan seorang Permaisuri kepada Raja Merong Mahawangsa. Nama sebenar baginda ialah Sharifah Mariam ibni Syed Jamal Al Jefri. Nama keturunan Al Jefri masih wujud sehingga hari ini dan mereka banyak terlibat dalam aktiviti perniagaan, keagamaan dan sebagainya.

makam tok

Jika anda sampai di Pinang Tunggal maka akan kelihatanlah sebuah makam lama yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu makam Tok Soh. Batu nisannya yang terukir cantik ini termasuk dalam kategori batu-batu nisan lama yang dikenali sebagai batu nisan Acheh. Terdapat ayat-ayat suci Al-Quran yang dipahatkan pada bahagian batu nisan tersebut dan jelas sekali di tengah-tengahnya ada tulisan surah Al-Fath iaitu surah pembukaan negeri.

Penduduk yang telah lama menetap di kampung ini juga mengatakan bahawa makam tersebut telah lengkap dengan nisannya dan sudah berada di situ sejak mereka masih kecil lagi. Tambahan lagi kata mereka orang-orang tua yang terdahulu pernah menceritakan kewujudan sebuah kota di situ serta segelintir daripada mereka pernah melihat runtuhan istana tersebut.

Sekitar tahun 1876 sehingga tahun 1881, tenter Thai yang menguasai Kedah telah memecahkan ukiran-ukiran ayat suci Al-Quran. Selepas itu pada tahun 1910 pihak Inggeris pula merobohkan bangunan kota istana ini setelah mereka menguasai Kedah dari kerajaan Thai. Penjajah Inggeris dengan askar sepoi dan buruh-buruh yang dibawa dari India telah datang untuk merobohkan saki baki kota istana yang masih ada.

batu nisan

Berdasarkan maklumat yang diperolehi, tiada sesiapun yang berani untuk membuat tuntutan mengenai siapakah yang dimakamkan di sini kecuali seorang sahaja iaitu TNL Kasim dan waris mereka yang lengkap dengan kisah bagaimana Tok Soh boleh dimakamkan di sini. Namun, maklumat yang diberikan oleh mereka tidak direkodkan. Raja Siam Islam yang terakhir di Ayuthia ialah Boromoraja Ekataat V yang diusir dalam tahun 1767 terdahulu. Di Toung Oo Burma baginda bergelar Mahadamayaza atau raja dari berlainan darah.

Apabila munculnya buku Undang-Undang Kedah, mereka telah mengesahkan bahawa wasiat yang diterima oleh TNL Kasim berpuluh tahun dahulu ada kebenarannya. Beliau tidak bersuara sebelum ini kerana tiada bukti bertulis mengenainya tetapi kini bukti bertulis sudah ada. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, TNL Kasim juga bukanlah orang lain dengan Almarhum DYMM Sultan Badlishah, mereka ada pertalian malah Sultan Abdul hamid juga turut mengenali mereka sekeluarga secara peribadi dan sentiasa kunjung mengunjungi kerumah mereka suatu ketika dahulu.

kubur bersejarah

Sejarah yang penuh dengan konspirasi ini tidak harus dinilai berdasarkan kepada fakta sejarah, bukti penulisan dan arkeologi semata-mata. Generasi terdahulu telah pun pergi meninggalkan kita jika wajarkah kita harus membiarkan yang masih ada berlalu begitu sahaja sedangkan sejarah negara kita masih dikaburi oleh bayang-bayang penjajah yang telah menjahanamkan sejarah bangsa kita. Fikirkan!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.