Langkawi Menjadi Buruan Penerbit Filem Bollywood

Sebut sahaja mengenai filem bollywood pasti kita membayangkan betapa cantik dan indahnya latar belakang yang dipilih dalam lokasi penggambaran mereka.Tahukah anda bahawa penerbit filem-filem bollywood gemar menjadikan Malaysia sebagai tempat lokasi penggambaran mereka.Hal ini kerana Malaysia terkenal dengan keindahan alam semula jadinya, maka tidak hairanlah apabila penerbit dari luar negara berebut-rebut untuk melakukan penggambaran di sini.Kawasan yang kerap dijadikan lokasi penggambaran filem bollywood salah satunya adalah di Langkawi.Tempat ini sememangnya cantik, bahkan kita sebagai rakyat Malaysia juga terpukau akan keindahan suasana di sekelilingnya.

Langkawi dipilih sebagai salah satu tempat penggambaran penerbit bollywood disebabkan kawasannya amat bersesuaian dengan tema yang mereka lakonkan.Misalnya seperti filem Yaadein yang dilakonkan oleh Kareena Kapoor dan Hithrik Roshan arahan Subhash Ghai iaitu terbitan daripada Mukta Arts.Filem itu dikatakan membuat penggambaran di sini disebabkan mahu merakamkan latar belakang Le Tour De Langkawi yang bersesuaian dengan jalan cerita lakonan Kareena Kapoor iaitu menjadi pelumba basikal.Kedua-dua pelakon popular itu juga melahirkan rasa teruja untuk datang ke Malaysia buat pertama kalinya kerana ramai orang memuji keindahan Pulau Langkawi.

arjun

Selain itu filem-filem lain yang juga turut popular di India dihasilkan di pulau ini.Antaranya adalah filem lakonan Arjun Rampal iaitu Roy,lakonan Karisma Kapoor dan Akshay Kumar iaitu filem Ek Rishtaa, dan yang paling meletop adalah filem lakonan Shah Rukh Khan dan Priyanka Chopra iaitu Filem Don 2.Filem ini berkisarkan mengenai seorang pengedar dadah yang terkenal dan pandai dalam soal memutarbelitkan fakta.Filem ini mendapat sambutan yang menggalakkan.Selepas filem ini ditayangkan ramai pelancong yang datang ke Malaysia terutamanya di Pulau langkawi.

don 2

Para penerbit Bollywood ini sanggup untuk ke luar negara semata-mata ingin menyiapkan beberapa adegan yang menampilkan lagu sahaja. Walaupun kos yang dikeluarkan begitu tinggi, namun mereka tidak kisah dan tidak peduli asalkan filem yang diterbitkan nampak menarik dan memuaskan hati mereka. Apa yang mereka mahukan adalah kelainan dan kekuatan lagu yang dihasilkan. Bagi penerbit filem bollywood kekuatan sesuatu filem itu terletak pada latar belakang lagunya.Maka tidak hairanlah kalau mereka bertungkus lumus untuk melakukan penggambaran di luar negara untuk hasil yang menarik, lagipun pendapatan yang diperolehi juga agak tinggi.

shah

Selain itu, Malaysia juga sudah terkena tempiasnya apabila banyak filem-filem bollywood dilakonkan di sini. Pelancong akan menyerbu Malaysia semata-mata untuk melihat sendiri tempat-tempat yang dilakonkan oleh artis-artis yang mereka minati. Penerbit-penerbit dari negara lain juga akan mula meneroka Malaysia disebabkan tarikan tempat-tempat yang ditayangkan. Keadaan ini sekaligus akan meningkatkan pendapatan negara dan menaikkan nama Malaysia ke persada antarabangsa. Salah satu penyumbang terbesarnya adalah Pulau Langkawi. Keindahan dan kecantikkan pulau ini menjadi tumpuan para penerbit tidak kira dari bollywood mahupun dari negara lain. Oleh itu, sama-samalah kita memelihara pulau ini daripada kerakusan tangan kita sendiri.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.