Makam Ulama Tok Keramat Jadi Tempat Pemujaan Di Pulau Bidan, Yan Kedah

Pulau Bidan yang merupakan satu daripada gugusan pulau di daerah Yan Kedah dikatakan menyimpan khazanah mengenai perkuburan seorang ulama tersohor iaitu Makam Tok Keramat Haji Abdur Rashid. Kisah ini juga diceritakan semula oleh seorang pengumpul sejarah lisan yang juga merupakan pengamal perubatan tradisional yang berasal dari Kampung Bukit Pendiat, Merbok Kedah.

pulau bidan 3

Beliau menyatakan bahawa kisah tersebut disampaikan kepadanya oleh seorang tokoh agama yang tinggal sekampung iaitu Haji Abdul Rahman Salleh yang telah pun meninggal dunia beberapa tahun lalu. Katanya Haji Abdul Rahman jugaturut terlibat dalam perpindahan Makam Tok Keramat dari Pulau Bidan ke sebuah perkuburan di Yan Kedah. Makam Tok Keramat dipindahkan kerana sejak dimakamkan di pulau tersebut, makam ini menjadi tempat pemujaan individu-individu tertentu untuk memohon sesuatu hajat.

Pulau Bidan juga merupakan salah satu daripada beberapa buah pulau lain seperti Pulau Telor, Pulau Songsong dan Pulau Bunting di Yan yang dipercayai wujud melalui sumpahan Sang Gedembai. Jika hendak pergi ke sana anda perlu menggunakan perkhidmatan bot melalui Tanjung Dawai dengan perjalanan yang mengambil masa selama lebih kurang satu jam. Beliau berkata bahawa pernah membawa sekumpulan individu ke Pulau Bidan lebih 20 tahun yang lalu untuk menemani mereka memohon hajat bagi mendapatkan sesuatu di makam tersebut. Pada waktu itu dia tidak terkata apa-apa kerana mereka semua terdiri daripada golongan berpendidikan dan berkedudukan.

makam

Sehinggalah pada suatu hari saya diceritakan oleh Abdul Rahman yang menguruskan bacaan doa sepanjang urusan perpindahan kubur Tok Keramat bersama pegawai yang ditauliahkan untuk proses pengebumian semula di Yan Kedah. Menurutnya lagi, ketika rombongan yang bertolak pada waktu siang sedang menggali semua yang terlibat terhidu bau harum yang datangnya daripada jasad jenazah. Apabila menemui jasad tersebut kelihatan sekujur tubuh kaku yang masih segar seolah-olah baru sahaja meninggal dunia.

Apa yang diceritakan daripada Abdul Rahman, Tok Keramat mempunyai kaitan saudara dengan ulama tersohor Nusantara iaitu Sheikh Daud Abdullah Fathani yang dikenali dengan panggilan Tok Syeikh Daud Patani. Sementara itu, pengumpul sejarah lisan iaitu Rosini Hashim berkata sebelum dipindahkan generasi terbaru Tok Keramat dikatakan pernah menerima alamat melalui mimpi agar makamnya di Pulau Bidan yang dipercayai wujud sejak beratus tahun dahulu dipindahkan ke tempat yang selamat.

tok keramat

Oleh itu, generasi kelima dan keenam Tok Keramat berusaha memindahkan makam berkenaan setelah mendapat alamat menerusi petanda mimpi tersebut. Urusan perpindahan dan pengebumian semula di Yan pula difahamkan telah diperkenankan dan mendapat persetujuan daripada kerabat diraja ketika itu. Sejak dari tarikh itu, makam tersebut dipindahkan dan sehingga hari ini makam tersebut dirahsiakan bagi mengelakkan terjadinya amalan karut serta khurafat masyarakat sekarang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.