Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat Akibat Banjir Kilat Yang Melanda

Kedah dilanda banjir disebabkan oleh hujan yang turun sejak beberapa hari yang lalu. Berikutan dengan itu beberapa mangsa banjir telah dipindahkan. Setakat hari ini jumlah mangsa banjir di Kedah telah meningkat kepada 1781 mangsa berbanding pada hari Jumaat bersamaan 22 September 2017 iaitu seramai 669 mangsa.

cover 1

Jumlah daerah yang terjejas akibat banjir juga bertambah iaitu dari tiga daerah yang meliputi daerah Kuala Muda, Kota Setar dan Kubang Paasu kepada lima buah daerah kini yang melibatkan daerah Pendang dan Pokok Sena. Penyelaras Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Kapten (PA) Saifuddin Abdullah berkata setakat 6 petang, seramai 470 keluarga dari lima daerah ini telah dipindahkan ke 13 pusat pemindahan selepas kediaman mereka teruk dinaiki air.

Menurutnya lagi hanya satu pusat pemindahan di daerah Kuala Muda masih dibuka iaitu di Dewan Kampung Sungai Pial yang telah menempatkan 112 mangsa daripada 25 keluarga. Manakala Pusat Pemindahan Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Kechil dan Dewan Kampung Jilid 8 telahpun ditutup pada petang tadi. Bagi daerah Kota Setar pula empat lagi pusat pemindahan baharu dibuka iaitu SK Titi Gajah yang menempatkan seramai 105 mangsa daripada 27 keluarga, JKM Seberang Perak seramai 6 mangsa daripada sebuah keluarga, Surau Assyakirin Bukit Pinang seramai 62 mangsa daripada 18 keluarga dan SK Alor Mengkudu seramai 104 mangsa daripada 19 buah keluarga.

banjir 1

Bagi daerah Kubang Pasu pula dua pusat pemindahan telah ditutup iaitu di Surau Kampung Kubang Betong dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changloon. Manakala empat pusat pemindahan baru telah dibuka di daerah tersebut iaitu di SK Kodiang Lama seramai 56 mangsa daripada 12 keluarga, Dewan Kampung Lahar seramai 93 mangsa daripada 21 keluarga, SMK Mahawangsa seramai 446 mangsa daripada 119 keluarga dan Dewan Tokong Cina seramai 419 mangsa daripada 130 keluarga.

banjir

Sebuah pusat pemindahan dibuka di daerah Pendang iaitu Dewan Cenderawasih yang menempatkan seramai 89 mangsa daripada 26 keluarga. Selain itu, di daerah Pokok Sena tiga pusat pemindahan dibuka iaitu di SK Bukit Hijau seramai 255 orang daripada 64 keluarga, Madrasah Maahad Tarbiyah seramai 9 mangsa daripada sebuah keluarga dan Dewan Kampung Permatang Limau seramai 25 mangsa daripada tujuh keluarga. Sejak empat hari yang lalu hujan lebat dan berterusan selain fenomena air pasang besar yang melanda Kedah telah menyebabkan beberapa lokasi sekitar negeri Kedah dilanda banjir kilat.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.