Mee Udang Besar di Pendang Kedah

Mee Udang Pendang ini dikatakan sangat popular dalam kalangan masyarakat di situ.Rata-rata pengunjung yang mengunjung ke restoran ini sangat berpuas hati dengan layanan dan keenakan rasa mee udangnya.Pelbagai maklum balas yang positif dapat dilihat apabila mereka berkunjung ke sini.Komen-komen yang positif menguatkan lagi kenyataan bahawa Mee Udang Pendang ini sudah menular dan menjadi kegemaran penduduk di sekitar daerah Pendang.

mee udang

Lokasi Mee Udang ini adalah berhampiran dengan plaza tol Pendang.Turun sahaja daripada tol Pendang, belok ke kiri dan anda boleh nampak restoran ini.Alamat tetap restoran ini adalah Persiaran Utama, Jalan Kota Sarang Semut, 06700 Pendang Kedah, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.Kini mudah sahaja jika anda mahu ke Kedah dan mencari Mee Udang Pendang iaitu dengan cara waze location “Mee Udang Pendang”.Sudah pasti anda tidak sesat dan boleh sampai tepat pada waktunya serta dapat menikmati mee udang yang sangat sedap ini.

Restoran Mee Udang Pendang beroperasi pada hari Rabu sehingga Isnin sahaja, cuti pada hari Selasa.Jika anda datang ke sini pada waktu pagi anda mungkin perlu menunggu sehingga petang kerana restoran ini dibuka pada pukul 5 petang sehingga pukul 12.30 malam. Biasanya penduduk di Pendang akan memenuhi restoran ini pada waktu malam. Tempat duduk di restoran ini biasanya akan penuh dan ada sesetengah pengunjung yang terpaksa menunggu giliran untuk duduk di tempat meja makan.Pada waktu malam restoran ini sangat meriah dan pastinya menu yang disediakan begitu menggiurkan selera pelanggan.

kedai makan mee udang

Selain daripada menu Mee Udang Pendang yang begitu sedap beserta dengan udang yang besar-besar, restoran ini juga menyediakan menu-menu sampingan yang lain. Antara menu yang mendapat sambutan di restoran ini ialah Nasi Goreng Udang dan Maggi Udang.Pastinya anda tidak rugi jika datang ke sini kerana harga yang disediakan amat berpatutan dengan makanan yang dihidangkan.Harga untuk satu mee udang adalah serendah RM12 sahaja. Harga ini amat bersesuaian dengan jumlah udang dan mee yang dihidangkan beserta rasa yang begitu sedap.

menu

Persekitaran di kawasan ini juga sangat bersih dan anda akan berasa selesa jika makan di sini.Pengusaha restoran ini amat menitikberatkan soal kebersihan kerana baginya untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti, tempat dan persekitaran haruslah bersih dan tidak tercemar.Oleh itu, marilah ramai-ramai kita mengunjungi restoran ini. Pastinya anda tidak mahu melepaskan peluang untuk merasai kenikmatan Mee Udang Pendang yang diheboh-hebohkan oleh penduduk di sini.Ayuhlah ke sini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.