Mek Mulung Berasal Dari Kampung Wang Tepus, Jitra Kedah

Mek Mulung merupakan salah satu kesenian Melayu yang terdapat di Malaysia. Persembahan Mek Mulung menggabungkan kesemua kesenian dalam satu persembahan yang terdiri daripada unsur-unsur lakonan, nyanyian, tarian dan muzik. Menurut pandangan mata masyarakat yang melihatnya dikatakan bahawa persembahan Mek Mulung kelihatan begitu mudah namun ianya tetap mempunyai keunikan yang tinggi nilainya, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

mek mulung asli

Mek Mulung berasal dari Ligor, Siam dan diperkenalkan di negeri Kedah ketika berlakunya persengketaan di antara Kedah dan Siam. Sesetengah masyarakat juga percaya bahawa ada sebuah keluarga miskin yang menjadikan muzik sebagai hiburan. Suatu hari tanpa disedari oleh Mek Julung yang ralit memalu semborongnya telah sampai ketengah-tengah hutan. Sewaktu berada di dalam hutan beliau bertemu dengan putera Cahaya Bulan yang telah dibuang negeri disebabkan oleh hasutan daripada seorang ahli nujum. Baginda sangat tertarik dengan persembahan tersebut dan akhirnya menyertai kumpulan muzik itu dengan menggelarkan kumpulan tersebut sebagai Mek Mulung.

ritual

Pada masa kini mesti ramai yang tidak mengetahui apa itu Mek Mulung kerana persembahan ini hanya terdapat di Kampung Wang Tepus, Jitra Kedah sahaja. Persembahan Mek Mulung agak sama dengan Mak Yong dari segi watak-wataknya seperti Raja, Permaisuri, Awang Selamat, Awang Pengasuh, Inang dan watak antoganis yang memiliki magis. Keunikan persembahan Mek Mulung adalah apabila ianya mengekalkan ciri-ciri tradisional yang lama seperti cerita-cerita, watak-watak yang tidak berubah serta muzik dan lagu-lagunya juga dikekalkan keasliannya, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

topeng

Bahasa yang digunakan juga dikekalkan seperti dialek Kedah Tua dan gaya bahasanya susah untuk ditiru oleh mana-mana pelakon yang bukan berasal dari Kedah. Turut dikatakan bahawa para pelakon yang menjayakan persembahan ini hanya terdiri daripada lelaki sahaja walaupun terdapat watak wanita di dalamnya. Berdasarkan keaslian persembahan yang bertunjangkan sejarah inilah yang dapat mengukuhkan dan menyokong kenyataan bahawa Mek Mulung sebagai teater tradisional milik negeri Kedah.

istana budaya

Untuk pengetahuan semua Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dengan kerjasama Istana Budaya telah membuat Pementasan Mek Mulung, PUTERA CAHAYA BULAN sekitar tahun 2015 dan ini merupakan pementasan teater yang julung-julung kali dengan kerjasama kedua-dua belah pihak. Selain itu, usaha memperkenalkan Mek Mulung dalam kalangan rakyat negeri Kedah khususnya dan rakyat Malaysia amnya harus dirancang dengan lebih teliti supaya persembahan ini dapat dipertontonkan sekerap mungkin tanpa jemu ke setiap buah negeri di Malaysia. Oleh itu, sokongan daripada semua pihak amatlah digalakkan dalam usaha membangunkan persembahan Mek Mulung secara berterusan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.