Menara Alor Setar Sebagai Mercu Tanda

Pada tahun 1994 telah tercipta satu sejarah bagi negara kita, Malaysia terutama sekali negeri Kedah Darul Aman dimana telah berlangsung upacara peletakan batu asas Menara Alor Setar, yang terletak di persimpangan Lebuhraya Darul Aman, Kedah.

Menara Alor Setar

Upacara bersejarah tersebut telah disempurnakan oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M). Pembinaan Menara yang bernilai RM40 juta ini berunsurkan kepada seni bina tempatan dan moden. Struktur binaannya berasaskan ciri-ciri tradisional rumpun padi yang mempunyai keindahannya yang tersendiri.

Menara setinggi 165.5 meter ini merupakan menara kedua tertinggi di Malaysia dan ke-19 di dunia. Perasmian pembukaan menara ini telah disempurnakan secara rasminya oleh Perdana Menteri ketika itu, YAB Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad (Tun M) pada 14 Ogos 1997.

Tun M

Menara yang terletak kira-kira dua kilometer dari bandar raya Alor Setar ini bukan sahaja berfungsi sebagai menara telekomunikasi bagi kawasan utara tetapi juga sebagai pilihan pusat pelancongan utama di negeri Kedah. Upacara peletakan batu asas menara Alor Setar yang berlangsung pada pada 18 Ogos 1994 ini menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah. Selain itu juga usaha pembinaan Menara pemancar ini juga dilihat sebagai inisiatif kerajaan dalam meningkatkan lagi perkembangan teknologi telekomunikasi negara.

Menara Alor Setar merupakan salah satu mercu tanda yang popular di Alor Setar yang tersergam di kaki langit bandar. Menara perhubungan ini merupakan bangunan tertinggi di Alor Setar. Pemandangan di seluruh Alor Setar dapat dilihat di atas menara ini.

Menara Alor Setar

Selain daripada itu, terdapat juga Balai Cerap yang terletak pada ketinggian 88 meter dari tapak struktur untuk melihat anak bulan dan Menara Alor Setar memiliki rekabentuk menyerupai setangkai padi yang diikat bersama, sebagai penghormatan kepada kepentingan penanaman padi di Kedah.

Menarik dan unik Menara Alor Setar ini dan patutlah menjadi mercu tanda di negeri Kedah Darul Aman.

Adioss!!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.