Mengimbau Kembali Sejarah Kesultanan Di Negeri Kedah

Negeri Kedah membentuk kesultanannya bermula daripada pembentukan pelabuhan pada abad ke-5. Negeri Kedah telah menjadi kota pelabuhan yang berkembang pesat dan dikunjungi oleh para pedagang dari Arab, Parsi, China, Eropah dan India. Terdapat beberapa peninggalan sejarah yang telah membuktikan adanya negeri Kedah seperti gua-gua batu kapur di Kubang Pasu, Kota Star, dan Baling. Pada peringkat awal pemerintahan negeri Kedah banyak dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha sebelum akhirnya munculnya pengaruh Islam.

pengembaraan

Bukti-bukti yang dijumpai tidak begitu jelas mengungkapkan fakta awal terbentuknya Kesultanan Kedah. Namun, berdasarkan sumber-sumber sejarah tradisional Negeri Kedah yang ditulis pada zaman Islam, kesultanan ini berdiri sebagai bentuk akulturasi budaya dalam negeri dengan pengaruh daripada luar. Bentuk akulturasi yang sangat ketara ialah penemuan budaya Arab-Islam dengan budaya masyarakat Melayu. Penulis-penulis Istana lebih cenderung mengadakan hubungan dengan kebudayaan Hindu-Buddha yang datang dari India dan secara tidak langsung dapat menarik garis akulturasi Arab-Islam dan Negeri Kedah.

Sumber-sumber sejarah tradisional menyatakan bahawa pembentukan Kesultanan Kedah tidak terlepas daripada gelaran ‘manusia agung’ yang dianggap sebagai pengasas awal kesultanan ini. Dikatakan hanya keturunan dari pengasas ini sahaja yang berhak menjadi sultan. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, terdapat dua versi keturunan Sultan Kedah iaitu versi al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah (ASNK) yang disusun pada tahun 1928 dan versi Hikayat Merong Mahawangsa (HMM).

Menurut versi al-Tarikh Salasilah Negeri Kedah, Kesultanan Kedah memiliki hubungan dengan sebuah kerajaan di Parsi yang dikenali sebagai Kerajaan Gumarun. Pengasas Kesultanan Kedah adalah Maharaja Durbar Raja dan ceritanya bermula apabila Maharaja Durbar Raja dan para pengikutnya telah melarikan diri dari Kerajaan Gumarun. Sejak daripada itu mereka telah melakukan pengembaraan melalui laut hingga tiba di Negeri Kedah. Masyarakat di negeri Kedah pada masa tersebut menerima baik kedatangan Maharaja Durbar dan secara tidak langsung mereka telah mengangkat Maharaja Durbar menjadi raja mereka.

masyarakat

Kedua adalah versi daripada Hikayat Merong Mahawangsa, dan menurutnya keturunan Sultan Kedah dihubungkan dengan bangsa Rom. Pengasas Kesultanan ini adalah Merong Mahawangsa yang pernah menjadi Maharaja Rom dan kemudiannya telah melangsungkan perkahwinan dengan Puteri Maharaja dari China. Ada cerita pernah mengatakan bahawa rombongan Merong Mahawangsa suatu ketika dahulu pernah diserang oleh sekelompok penjahat di perairan Kedah sehingga menyebabkan dirinya terdampar di sebuah pantai Negeri Kedah. Maka bermulalah kehidupan beliau di Negeri Kedah dan perkembangan seterusnya adalah beliau telah diangkat menjadi raja oleh masyarakat di Negeri Kedah. Begitulah bagaimana bermulanya Kesultanan Kedah, menurut dua versi yang dinyatakan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.