Merungkai Pengkhianatan Pihak Thai Terhadap Hidup Nai Man Di Kedah

Kali ini saya ingin berkongsi dan menceritakan mengenai kisah kehidupan Tok Nai Man atau dipanggil Tok Nai Din. Nai Man merupakan seorang yang suka akan aktiviti lumba kerbau. Penduduk di sekitar Kampung Asun Kedah kebanyakkannya tahu mengenai kisah Nai Man. Sebenarnya beliau bukanlah sapa-sapa, namun kisahnya bermula apabila beliau melarikan diri daripada dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang tidak pernah dilakukan, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

perjumpaan

Kisah mengenai Nai Man bermula sekitar tahun 1830-an apabila berlaku satu perselisihan dalam pertandingan lumba kerbau. Dijadikan cerita apabila pihak Thai tidak berpuas hati dengan kemenangan yang diperoleh oleh seorang penduduk di situ, secara terancang mereka membunuh pemenang tersebut. Keadaan huru-hara berlaku apabila pihak Thai menuduh Nai Man membunuh pemenang tersebut. Abang Nai Man iaitu Nai Sim yang merupakan penghulu di kawasan Kampung Asun terpaksa menjatuhkan hukuman kepada Nai Man setelah dihasut oleh pihak Thai, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

keluarganya

Keputusan ini dibuat berdasarkan syarat yang telah ditetapkan dalam Kampung Asun. Menurut aturan sesiapa yang menyebabkan kematian orang lain hendaklah diikat pada sebatang kayu dalam sungai yang berhampiran. Sungai itu dipercayai adalah Sungai Besar yang tidak jauh dari kawasan Asun. Dikatakan seseorang itu hendaklah diikat sebelum air pasang dan apabila air pasang dia akan tenggelam serta mati lemas. Fikir punya fikir keluarga Nai Man termasuk penghulu Nai Sim tidak sampai hati menjatuhkan hukuman tersebut, maka mereka telah berpakat untuk membebaskan Nai Man pada malam sebelum hukuman berlaku.

Nai Man dipaksa melarikan diri dan hilang dari Asun serta jangan sekali-kali kembali buat selama-lamanya di Kedah yang pada masa itu diperintah oleh kerajaan Thai. Nai Man dengan keadaan serba salah terpaksa meninggalkan anak dan isterinya dan menyuruh mereka tinggal di Jeram. Mukim Jeram pada masa itu diperintah oleh Penghulu Putih yang merupakan sepupu kepada Nai Man. Mereka telah bersumpah bahawa tidak akan membongkarkan rahsia tersebut dan Nai Man sendiri telah bersumpah buang saudara maranya serta gelaran yang ada padanya.

penempatan tok naindin

Nai Man melarikan diri dan menetap di Perak. Di Perak namanya terpaksa ditukar kepada Mat Saman untuk mengelak daripada orang mengenalinya. Nai Man tinggal dengan sebuah keluarga yang berasal dari Kedah dan tidak berapa lama kemudian beliau telah berkahwin dengan anak keluarga angkatnya. Hasil perkahwinanya mereka dikurniakan seorang anak perempuan tunggal yang bernama Teh Binti Mat Saman.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh ahli keluarganya iaitu Allahyarham Zainon yang mempunyai pangkat sebagai cucu kepada Nai Sim, Nai Ya dan Nai Po. Beliau telah meninggalkan seorang isteri yang menetap di Langkawi Kedah. Beberapa usaha telah dilakukan untuk menjejaki warisan keturunan keluarga Nai Man yang masih ada sehingga sekarang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.