Misteri Jalan Maut Di Titi Haji Idris, Pendang Kedah

Jalan Titi Haji Idris, Pendang Kedah dikatakan telah meragut beratus-ratus nyawa manusia. Menurut penduduk di sekitar kawasan tersebut, jalan berpuaka ini akan memakan darah manusia mengikut musimnya dan dipercayai mempunyai penunggu. Jalan Titi Haji Idris merupakan laluan utama penduduk untuk keluar mencari rezeki dan laluan jalannya juga agak sempit serta menyukarkan pergerakan keluar masuk kenderaan berat.

signboard

Pelbagai kisah ngeri dan menakutkan telah diceritakan oleh penduduk di sekitar Pendang terutamanya mereka yang selalu menggunakan Jalan Titi Haji Idris. Menurut petikan daripada Sinar Harian seorang pemandu lori yang bernama Ahmad Jaafar berusia 47 tahun telah mengalami kemalangan di sekitar kawasan tersebut kira-kira awal Februari tahun 2009. Kemalangan itu berlaku dari arah Langgar ke Pendang apabila lori yang dipandunya terbabas dan melanggar tiga buah pokok besar sehingga patah semuanya pokok tersebut.

jalan

Nasib menyebelahi Ahmad Jaafar apabila tiada kecederaan yang serius berlaku terhadapnya hanya mengalami masalah pada bahagian urat saraf di lutut sahaja. Kejadian itu berlaku pada pukul 10 pagi dan pada ketika itu beliau sedang memandu lori dengan kadar kelajuan 60 kilometer sejam sahaja sebelum tiba-tiba stereng kenderaan tersebut tidak dapat dikawal kerana dikatakan sterengnya dipulas kuat oleh satu benda ke arah kiri jalan raya. Selepas kejadian itu badan beliau sentiasa lemah dan merasakan ada sesuatu yang menumpang pada tubuh badannya. Pelbagai cara dilakukan namun gagal sebelum mencuba perubatan secara tradisional. Alhamdulillah sembuh.

lori

Seorang lagi penduduk menceritakan bahawa kedua-dua orang kakaknya juga telah diragut nyawa di jalan yang sama semasa menunggang motosikal,namun pada tahun-tahun yang berbeza kerana kecederaan teruk di bahagian kepala. Satu lagi cerita yang menyayat hati apabila sekumpulan guru silat terlibat dalam kemalangan maut di kawasan tersebut. Dikatakan bahawa mereka sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman masing-masing sebelum van yang dipandu oleh seorang daripada mereka terbabas dan terlanggar pokok di Jalan Titi Haji Idris, Pendang Kedah kira-kira jam 3.30 pagi. Kemalangan tersebut menyebabkan lima orang guru silat maut di tempat kejadian.

guru silat

Suasana hening menyelubungi di sekitar kawasan tersebut semasa pihak bomba dan polis sedang membawa mangsa keluar daripada van tersebut. Mereka tiba-tiba pergi menyahut panggilan ilahi dan tidak kesampaian untuk berjumpa keluarga tersayang walaupun sudah begitu hampir dengan destinasi masing-masing. Kuasa Allah siapa kita untuk menghalangnya, hanya mampu berdoa yang terbaik sahaja untuk mereka. Sejak daripada kejadian tersebut Jalan Titi Haji Idris telah dibaiki dari masa ke semasa dengan membesarkan kawasan tersebut supaya dapat mengurangkan kemalangan maut di jalan itu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.