Misteri Kilometer 20.6 Di Kulim Kedah

Sehingga kini dikatakan banyak kemalangan maut yang berlaku di kawasan Kulim ini. Sebanyak 90 peratus mangsa terdiri daripada kalangan penunggang motosikal. Pelbagai cara telah dilakukan oleh polis trafik termasuklah menjalankan operasi bagi mengurangkan kadar kemalangan tetapi keadaan ini terus meningkat setiap hari.

motosikal 2

Terdapat beberapa jalan utama di sini yang telah dikenal pasti sering melibatkan kemalangan maut antaranya ialah Kilometer 20.6 Lebuh Raya Butterworth Kulim Ekspress, Jalan Sungai Seluang, lamou isyarat Taman Kuchai, Selekoh Taman Sepilai, Jalan Mahang Kulit, Jalan Batu Putih dan beberapa laluan lagi. Kilometer 20.6 ini dikatakan sebagai kawasan yang paling merbahaya kerana kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal sering berlaku.

Menurut orang ramai dan pihak berkuasa difahamkan faktor utama yang menyebabkan kemalangan berlaku adalah keadaan jalan yang terlalu gelap pada waktu malam. Penduduk di sekitar kawasan tersebut menganggap bahawa Kilometer 20.6 kawasan yang berpuaka. Mereka berkata terdapat beberapa tanda sekiranya penunggu di Kilometer 20.6 itu inginkan mangsanya. Pada kebiasaannya kemalangan maut ini akan berlaku sekitar jam 2 hingga 3 pagi.

motosikal

Dikatakan sebelum kejadian, segala aktiviti mat rempit kurang dan tiada tanda-tanda berlakunya perlumbaan di sekitar Pekan Kulim. Keadaan ketika itu akan menjadi tenang, tetapi secara tiba-tiba sahaja kemalangan maut berlaku di kawasan terbabit. Laluan berkenaan sebelum ini merupakan kawasan hutan sebelum diterokai. Pelbagai kehidupan tinggal di kawasan tersebut termasuklah alam ghaib dan misteri. Namun, setelah pembangunan dijalankan, kawasan hutan mula diterokai dan kebanyakkan pokok besar yang selama ini menjadi tempat persinggahan makhlus halus telah musnah.

hantu

Dipercayai makhluk halus yang berada di situ berupa separuh badan dilihat merangkak di tengah jalan dan selalunya selepas hujan pada sebelah petang atau malam. Makhluk itu akan menarik kenderaan atau kaki penunggang motosikal sehingga menyebabkan ramai penunggang maut ataupun mengalami kecederaan yang parah di kawasan tersebut. Makhluk ini dikatakan penunggu di kawasan tersebut dan akan menjadikan darah mangsa yang terbunuh sebagai habuan mereka beramai-ramai. Keadaan inilah yang mengakibatkan mangsa yang terbunuh di kawasan tersebut kehilangan banyak darah.

Bukan senang untuk membuang atau menghalau penunggu yang ada di kawasan itu kerana kita telah menceroboh kawasannya. Menurut laporan polis, seorang lelaki yang bertugas sebagai pengurus di sebuah kilang di Kulim Hi-Tech telah membuat laporan polis apabila kereta yang dipandunya terbabas sebelum terhumban ke dalam longkang. Katanya apabila sampai di Jalan Mahang, Kulim dia ternampak lelaki tidak berkepala melintas jalan dan kerana terlalu leka melihatkan lembaga tersebut, dia hilang kawalan sebelum terbabas.

mangsa

Selain itu, terdapat juga seorang pekerja industri yang melakukan kerja lebih masa telah melalui jalan yang sama. Katanya dia ternampak seorang wanita memakai baju kebaya, sambil mendukung anak di tepi jalan dan sebaik sahaja melepasinya hendal motosikal jenis Kawasaki RR 150 ditunggangnya seperti ditarik ke tebing jalan sebelum terjatuh dan mengalami kecederaan patah tangan kanan. Oleh itu, pihak penguasa menasihatkan pengguna jalan raya supaya beringat selalu dan sentiasa berwaspada dengan segala perkara yang mungkin akan berlaku.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.