Misteri Pusara Lama Tanpa Nama Di Tengah Bandar Alor Setar Kedah

Sebuah pusara lama yang wujud di tepian Sungai Kedah di tengah-tengah bandaraya Alor Setar, Kedah mengundang pelbagai persoalan sekaligus menjadi misteri yang masih belum terjawab sehingga kini. Apa yang menjadi persoalan ialah ketiadaan papan tanda dan kawasan kubur tersebut seperti diabaikan walaupun sebelum ini ada kerja-kerja pemuliharaan cuba dilakukan oleh pihak-pihak tertentu.

Penduduk yang tinggal berdekatan mendakwa bahawa perkuburan itu telah wujud sejak awal abad ke-19 lagi dan mempunyai nilai sejarah yang tinggi bagi negeri Kedah. Dikatakan ianya merupakan kubur seorang tokoh ulama iaitu Allahyarham Tuan Guru Haji Salleh yang merupakan penasihat agama kepada Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah.

Kawasan perkuburan ini juga mungkin dapat membuktikan kewujudan sebuah perkampungan yang diasaskan oleh tokoh ulama tersebut dan sebuah surau kepunyaannya bertujuan untuk mengajar agama. Bagaimanapun tiada kesan-kesan membuktikan kewujudan surau terbabit di sekitar perkampungan, namun mengikut catatan ahli sejarawan, tapak asal surau ulama terbabit adalah di bangunan mahkamah lama.

pusara

Perkuburan tersebut dilihat terbiar dengan dipenuhi semak samun manakala batu-batu nisan yang ada sebilangannya telah hilang dan tenggelam akibat mendapan serta hakisan. Tiga kubur bersebelahan pusara itu dikatakan telah musnah kerana sebatang pokok besar yang tumbuh di tengah-tengahnya.

Penduduk di sekitar kawasan tersebut memohon perhatian pihak berkuasa kerana kubur tersebut merupakan sumber sejarah bernilai tinggi untuk negeri Kedah dan Malaysia. Mereka turut menyatakan kebimbangan kerana terdapat unsur-unsur khurafat di sekitar perkuburan. Selain kubur ini dikatakan terdapat sebuah binaan konkrit yang dipercayai sebuah tugu peringatan pahlawan Jepun yang terbunuh ketika menentang British sekitar tahun 1941 dalam mempertahankan jambatan di sungai berkenaan daripada diletupkan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.