Nasi Lemak Royale Kedah Akan Dibuka di Kuala Lumpur Sentral

Nasi Lemak Royale. Siapa sahaja yang sampai ke negeri Kedah Darul Aman pasti teringin dan pasti tidak akan melepaskan peluang untuk merasai sendiri kehebatan dan kesedapan Nasi Lemak Royale ini. Nasi Lemak Royale ini terkenal di Alor Setar sejak tahun 1967. Memang pasti akan datang lagi jika sudah merasainya.

royale

Kini tidak perlu risau lagi kepada penggemar Nasi Lemak Royale atau kepada mereka yang ingin merasai sendiri tetapi tidak berpeluang untuk sampai ke Kedah Darul Aman kerana Nasi Lemak Royale kini dibuka di ibukota Kuala Lumpur iaitu di KL Sentral. Nasi Lemak Royale di KL Sentral akan dibuka pada 19 Mac 2017. Naik tren pun boleh sampai ke destinasi tersebut. Jangan lepaskan peluang yang telah terhidang ini.

poster

Jom kita pergi “serang” kedai Nasi Lemak Royale di KL Sentral bagi melepaskan rindu pada makanan yang popular di kampung halaman kita. Siapa yang dah pergi tu nanti, bolehlah kongsi gambar bersama yang lain. Dan juga jangan lupa untuk sebarkan kepada keluarga, sanak sedara dan rakan-rakan yang lain. Lagi ramai, lagi baguihhh.

rasmi

Sebelum terlupa, pihak restoran Nasi Lemak Royale telah menjemput anda semua bagi sesiapa yang ada kelapangan pada 19 Mac 2017, boleh la datang kerana ada Jamuan Pembukaan untuk merasmikan restoran Nasi Lemak Royale di KL sentral. Anda boleh datang pada pukul 6.00 petang hingga 9.00 malam. Pi lewat, habihhh! Sebarang pertanyaan, boleh terus tanya di FB Page mereka : Nasi Lemak Royale KL Sentral.

Adioss!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.