Pembuangan Sampah Sarap Yang Melampau di Sungai Petani, Kedah

Pencemaran merupakan satu bentuk kemasukan segala jenis bahan-bahan pencemar termasuk bahan kimia, haba, cahaya dan tenaga di alam sekitar yang boleh mengakibatkan kesan yang memusnahkan alam sekitar dan membahayakan kesihatan manusia.Faktor utama yang menyebabkan pencemaran berlaku adalah disebabkan kurangnya kesedaran sivik dalam kalangan manusia. Mereka dengan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa mempedulikan keadaan persekitaran. Keadaan ini berlaku kerana mereka menganggap hal ini adalah hal yang remeh dan malas mahu mengambil tahu mengenainya.

nama-sampah

Sungai Petani merupakan sebuah bandar yang sedang membangun dan merupakan bandar yang lebih besar daripada Alor Star. Tumpuan kini lebih diberikan kepada Sungai Petani kerana bandar ini dapat memberikan sumbangan kepada Kedah. Namun, pembangunan di bandar ini tidak selari dengan keadaan yang terdapat disekelilingnya. Masyarakat di Sungai Petani rata-ratanya tidak tahu memelihara dan menjaga alam sekitar yang begitu indah sekali di sekitar Sungai Petani, Kedah. Terdapat banyak sampah yang dibuang di merata-rata tempat terutamanya di Sungainya.

Peranan daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSPK), Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) haruslah diperketatkan supaya masalah pencemaran di Sungai Petani ini tidak menjadi semakin teruk dan parah. Bak kata pepatah “Mencegah Lebih Baik daripada Mengubati”. Menurut penduduk di sekitar Sungai Petani, pencemaran yang berlaku sudah berlarutan selama 10 tahun yang lalu, untuk makluman pembaca orangkedah.com. Situasi ini menyebabkan sungai tersebut sudah menjadi hitam dan berbau busuk akibat daripada sampah sarap dan pelbagai bahan-bahan buangan yang sudah melimpah ruah.

pencemaran

Kehidupan yang terdapat di sungai tersebut juga semakin pupus dan terjejas pertumbuhannya akibat daripada pencemaran yang tidak dihiraukan oleh sesiapa. Situasi ini melibatkan peranan daripada semua pihak, kita tidak boleh menunggu pihak berkuasa untu menangani masalah ini tanpa perlu berbuat apa-apa. Jika kita mempunyai kesedaran sivik dan mahu melihat bandar ini bebas daripada pencemaran, marilah bersama-sama pihak yang berwajib dalam uasaha mengurangkan pencemaran di sekitar kawasan Sungai Petani.

Pencemaran yang tidak dikawal hampir 10 tahun yang lalu dapat diatasi dengan memberi perhatian terhadap perkara-perkara yang penting dan utama. Perkara yang paling penting sekali adalah bagaimana mengawal sistem pembuangan sampah, air kumbahan dan sisa-sisa minyak dari kawasan perumahan, dan premis perniagaan. Pemantauan secara menyeluruh harus dilakukan dengan mengenal pasti premis-premis yang melepaskan sisa-sisa buangan dengan sewenang-wenangnya sehingga terjadinya pencemaran yang semakin meruncing. Masyarakat perlu berkerjasam membantu mengurangkan pencemaran di Sungai Petani supaya Sungai Merbok dan hutan paya bakau di sini tidak terjejas. Apabila kedua-dua kawasan ini terjejas maka Sungai Petani akan hilang serinya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.