Penipuan British Terhadap Keagungan Empayar Kedah Tua

Para sejarawan telah menjalankan kajian dan membuktikan bahawa negeri Kedah merupakan negeri tertua sekali di Tanah Melayu. Bukti-bukti ini dapat dilihat terhadap beberapa penemuan arkeologi di kawasan-kawasan yang terbabit sejak kurun ke-4 lagi. Setelah dikaji dan diteliti para sejarawan mengatakan bahawa kawasan utara semenanjung telah didiami oleh manusia purba semenjak zaman Pleistocene lagi, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

peta

Menurut sumber, makna Kedah dalam bahasa Melayu Siam berasal dari perkataan KEDAT yang mempunyai maksud Kertas atau Watikah. Dalam bahasa Thai pula disebut KRADAT. Watikah ini merupakan satu amanat yang dibawa oleh Merong Mahawangsa ke Nusantara dengan mengarahkan cucunya Sultan Muzaffar Shah Merong Mahawangsa membuka kerajaan di Nusantara, untuk pengetahuan pembaca setia orangkedah.com. Dalam penulisan sekarang ada menyatakan bahawa Kedah berasal daripada perkataan Mangkuk Padi.

makna kedah

Semasa zaman pemerintahan British, mereka berusaha untuk menukar nama Kedah (Watikah) kepada Kedah Mangkuk Padi semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II sepertimana mereka menukar nama Bandar Hilir Kota Portugis kepada nama Melaka. Selepas itu, Sultan Muhammad Jiwa II telah mewujudkan mata wangnya sendiri atas arahan daripada Francis Light yang ketika itu sedang mencari kelemahan kerajaan Kedah Tua sehingga dapat mengesan bandar pentadbiran Kota Star pada masa itu dibawah jagaan adik ipar Sultan Kedah. Pelbagai taktik dilakukan untuk memecahbelahkan keadaan di Kedah. Maka tidak hairanlah Pulau Pinang telah jatuh ke tangan Francis Light.

manuskrip lama

Satu manuskrip lama yang telah dijumpai ada mencatatkan bahawa negeri Kedah (Watikah) pada tahun 1920 semasa pemerintahan Sultan Abdul Hamid telah mencipta benderanya sendiri di bawah pengaruh British. Pelbagai usaha dilakukan oleh pihak British untuk menyembunyikan ketamadunan empayar kerajaan Kedah Tua, namun pada tahun 1982 seorang penduduk telah menjumpai beratus-ratus keping wang syiling keluaran Kedah yang tertulis nama Sultan Muhammad Jiwa II. Maka terbuktilah bahawa Kedah dahulu merupakan sebuah negera kerana sesebuah negeri tidak mungkin dapat mencipta duit syilingnya sendiri hanya sebuah negara besar sahaja mampu mencetaknya.

duit syiling

Lambang negeri Kedah juga telah ditukar daripada bunga teratai kepada perisai tentera salib yang dicatat di didalamnya dengan perkataan negeri Kedah. Sungguh besar pembohongan yang dilakukan oleh pihak British padahal Kedah dahulu merupakan empayar berdaulat yang melindungi serta memayungi agama Islam di kawasan Nusantara. Lambang-lambang teratai keseluruhan kota di Nusantara telah dibuang dan dikikis oleh kerajaan British dan tentera Thai.

lambang teratai

Maka berlakulah penipuan demi penipuan dalam pemerintahan di negeri Kedah oleh pihak British dan tentera Thai. Setelah Kedah kalah teruk dalam perang Musuh Bisik 1821 Masihi, kerajaan British telah menyerahkan lambang teratai yang menjadi lambang kerajaan Kedah Tua pada ketika itu kepada penganut-penganut agama Buddha di Thailand. British akhirnya berjaya berpengkalan di Culcutta untuk memperkasakan kerajaan Buddha Thai dan memperkasakan para pemberontak kerana selepas musnahnya kerajaan Kedah Tua mereka telah berjaya mengatur lanskap sejarah dan budaya di Nusantara malah di Indo-China.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.