Penjenayah Kebal Mat Komando Berasal Dari Yan Kedah

Nama Mat Komando sudah tidak asing lagi bagi penduduk di Yan Kedah terutamanya di Kampung Selengkoh.Sebut sahaja mengenai Mat Komando, bulu roma penduduk di situ akan mencacak naik.Sejarah hitam yang dilakar oleh Mat Komando telah menjejaskan nama baik kawasan Yan Kedah terutamanya di Kampung Selengkoh.Nama sebenar Mat Komando ialah Ahmad Md. Arshad yang berusia 37 tahun ketika itu.Cerita mengenai Mat Komando hangat diperkatakan sekitar tahun 2002 yang lalu.

Kisah Mat Komando bermula apabila beliau dipercayai menjadi ketua kumpulan bagi kumpulan 13 yang melakukan aktiviti rompakan paling dikehendaki oleh pihak polis. Kumpulan ini dipercayai telah berjaya menyamun beberapa buah premis seperti Bank Simpanan Nasional (BSN),pemborong kelapa sawit,pengurup wang, kedai pajak gadai dan beberapa orang individu.Mereka telah melakukan sebanyak 52 kes samun di seluruh Malaysia.Kumpulan ini dikatakan mempunyai strategi yang sangat licik dan sukar untuk ditumpaskan.Keadaan ini menyebabkan rakyat Malaysia dilanda ketakutan selagi kumpulan 13 masih berkeliaran di luar sana.

ahli kumpulan

Kumpulan 13 melakukan taktik samun dengan mencuri kereta terutamanya kereta milik orang perempuan dan salah seorang anggotanya akan bersiap sedia menunggu di sebuah kawasan untuk mengambil mereka yang sudah melakukan aktiviti rompakan.Setelah selesai merompak mereka akan membakar kereta terbabit supaya jejak mereka tidak dapat dikesan oleh pihak polis.Lihat betapa dahsyatnya cara pemikiran mereka, rompakan yang dibuat dipercayai dilakukan dengan hati kering dan sanggup melepaskan tembakan terhadap sesiapa yang menghalang rancangan kumpulan ini.Paling mengejutkan apabila Mat Komando dengan selamba menunjukkan wajahnya dengan terang-terangan tanpa ada perlindungan di muka.Kumpulan ini dikatakan semakin aktif selama beberapa tahun.

Namun, bak kata pepatah “sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua”.Gerakan memburu kumpulan 13 diperhebatkan apabila kumpulan ini dikatakan telah mencemarkan nama baik negara.Dalam gerakan Ops Api Sawit pihak polis berjaya menewaskan beberapa ahli kumpulan 13 dan abang ipar Mat Komando.Mat Komando lari menyembunyikan diri di dalam hutan simpan Pedu.Operasi mencari Mat Komando dihentikan apabila pihak polis gagal menemui Mat Komando.Mat Komando dikatakan arif berkaitan kawasan di sekitar hutan itu apbila pernah terlibat di dalam askar selama 2 tahun.Lagipun, beliau dipercayai mempunyai ilmu kebal dan sukar untuk dikalahkan.

tempat tumpas mat

Selepas itu, cerita mengenai Mat Komanda sepi begitu sahaja.Apabila masyarakat seakan-akan lupa mengenai nama Mat Komando, beliau muncul semula di Negeri Sembilan apabila dikatakan sedang melakukan rompakan di sana.Pihak polis terus menggiatkan aktiviti memburu Mat Komando.Kali terakhir dia dikesan adalah di Baling Kedah ketika cuba membunuh orang kanannya iaitu Mohd Syukri Husin yang dipercayai telah mengkhianatinya tetapi sekali lagi dia berjaya meloloskan diri.Namun detik pertumpahan darah Mat Komando berlaku pada 12 September 2002 di Felcra Kampung Hujung Ketun, Pendang Kedah sekitar pukul 6.30 pagi.Dia menerima dua das tembakan di kepala dan di rusuk kirinya.

mayat mat komando

Pertempuran itu menyaksikan pengakhiran kisah penjenayah yang berhati kering dan sekaligus melenyapkan rasa takut dalam diri masyarakat di Malaysia.Di sebalik sisi gelap Mat Komando, penduduk di situ juga memuji akan sikapnya yang tidak menunjuk akan kemewahannya dan sangat menyayangi ahli keluarganya. Ternyata penduduk di situ terkejut apabila mengetahui bahawa dia merupakan penjenayah yang paling dikehendaki kerana melihat dari sikapnya yang tidak banyak cakap dan melawan.Namun bak kata pepatah “Air yang tenang jangan disangka tiada buaya”.Isterinya juga pernah memberitahu bahawa Mat Komando sangat berpegang kepada prinsip bahawa dia sekali-kali tidak akan menyerah diri dan sanggup berjuang sendirian.Dia juga ada meminta isterinya untuk menyediakan kain kapan berwarna putih sebelum ajalnya tiba.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.