Perahu Tambang Masih Wujud Di Alor Setar Kedah

Pernah dengar tak mengenai perahu tambang? Perahu tambang merupakan sebuah perkhidmatan yang dijalankan untuk membawa penduduk menyeberang sesebuah sungai. Pada masa sekarang memang susah untuk melihat seseorang melakukan pekerjaan tersebut, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com. Namun, jika anda datang ke Alor Setar Kedah anda boleh melihat sendiri perkhidmatan perahu tambang ini.

water taxi

Anda mesti tertarik apabila melihat permandangan yang mempersonakan iaitu sebuah jeti yang seakan-akan sama pada zaman dahulu kala dan ini mengingatkan kita kepada masyarakat zaman dahulu. Menurut petikan Kosmo iaitu temubual bersama seorang pengemudi perahu tambang Teoh Lian Hock, 67 tahun beliau berkata bahawa beliau masih aktif membawa perahu tambang sejak dua tahun yang lalu. Katanya lagi selepas bersara sebagai nelayan, beliau mengambil keputusan untuk membawa perahu tambang bagi mengisi masa lapangnya selain dapat menambahkan pendapatan harian.

Perkhidmatan perahu tambang tidak dilakukan olehnya sahaja sebaliknya terdapat dua lagi rakannya yang lain turut menawarkan perkhidmatan yang sama. Mereka bekerja mengikut waktu yang telah ditetapkan. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah bermula daripada pukul 7 pagi sehinggalah sampai pukul 8 malam. Kebanyakkan penumpang yang menggunakan perkhidmatan ini adalah penduduk tempatan yang tinggal di Seberang Nyonya yang terdiri daripada beberapa buah kampung seperti Kampung Berjaya, Teluk Yan dan Seberang Terus.

pekan cina

Pada kebiasaanya penduduk akan menggunakan perkhidmatan perahu tambang untuk ke Pekan Cina. Menurut Teoh Lian Hock bayaran yang dikenakan untuk pergi ke Pekan Cina adalah sebanyak 30 sen. Kadar bayaran ini sangat murah dan perjalanan yang sejauh 200 meter hanya mengambil masa kurang daripada lima minit. Pendapatan beliau katanya tidak menentu, sehari berkemungkinan hanya akan dapat dalam RM15 sahaja kerana penduduk sekarang lebih selesa untuk menggunakan kenderaan sendiri.

Tambahnya lagi, perkhidmatan perahu tambang ini bila-bila masa sahaja akan lenyap disebabkan kemodenan yang kita kecapi selain daripada tiadanya pewaris yang mahu melakukan dan meneruskan perkhidmatan ini. Antara ayat yang terluah daripada mulut Teoh Lian Hock ” Saya tidak rasa generasi sekarang mahu melakukan kerja ini kerana ia adalah satu perkerjaan yang memerlukan kudrat di bawah sinaran matahari”. Tengoklah pada masa sekarang pun pengguna yang menggunakan perahu tambang sudah tidak banyak berbanding zaman 60-an dahulu.

perahu tambang

Kalau generasi akan datang mahu merasai nikmat untuk menaiki perahu tambang, usaha untuk mengekalkannya haruslah dilakukan. Beliau juga menyatakan keinginan supaya pihak kerajaan menaik taraf perkhidmatan ini sebagai satu produk pelancongan seperti yang terdapat di Melaka iaitu projek Melaka River Cruise. Namun, usaha ini hanya akan sia-sia jika generasi sekarang sudah tidak minat untuk menggunakannya selain terdapat perkhidmatan yang lebih menyenangkan dan selesa. Jika ingin mengekalkannya, peranan daripada semua pihak haruslah dipergiatkan supaya warisan sejarah negara kita dapat dipelihara dan tidak hilang ditelan zaman.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.