Peristiwa Perkahwinan Tiga Juta Di Kedah Tahun 1904

Peristiwa bersejarah dicatatkan pada tahun 1904 apabila Perkahwinan 3 Juta dilangsungkan oleh Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid. Perkahwinan 3 Juta merupakan satu istiadat Diraja yang melibatkan lima orang putera dan puteri Sultan Kedah. Kelima-lima anaknya termasuklah Tunku Ibrahim, Tunku Abdul Rashid, Tunku Jamjam, Tunku Rokiah dan Tunku Joriah. Perkahwinan ini dikatakan diadakan selama 3 bulan pada tahun 1906 manakala istiadat peminangan diadakan pada 15 Jun 1904.

istiadat

Seramai 15 orang diberi tanggungjawab untuk menguruskan istiadat peminangan Diraja ini dan selepas ketua rombongan selesai meyampaikan surat pinangan kepada ayah pengantin perempuan atau wakilnya, surat tersebut akan dibaca dihadapan orang ramai. Kepulangan rombongan meminang diiringi oleh paluan nobat dan dipayungi dengan obor-obor hijau. Perkahwinan tersebut telah diadakan secara besar-besaran yang melibatkan semua daerah di dalam negeri. Balai-balai telah didirikan di sebuah padang yang terletak di antara Masjid dan Balai Besar yang kini dikenali sebagai “Padang Court”.

perkahwinan

Pada waktu itu semua rakyat Kedah yang terdiri daripada pelbagai bangsa diminta untuk bekerjasama dalam menjayakan majlis perkahwinan ini. Penduduk diminta mendirikan bangunan, membersihkan jalan raya dan bandar-bandar. Segala keperluan makanan disediakan dan dikatakan setiap penduduk yang telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan akan diberikan dua ekor kerbau dan seguni beras pada setiap hari. Barang-barang keperluan dikatakan bukan sahaja datang daripada negeri Kedah bahkan juga dari luar negeri yang dikhabarkan sebanyak 5 buah kapal telah masuk membawa barang-barang tersebut. Barang-barang yang banyak tersebut disimpan di Sekolah Melayu Jalan Baharu.

Dikatakan setiap seorang perkahwinan putera dan puteri Sultan Kedah mengambil masa selama 2 minggu. Perkahwinan ini dimulai oleh Tunku Ibrahim yang merupakan Putera Sulong Sultan Kedah kemudian diikuti oleh anak-anaknya yang lain mengikut turutan. Selama tiga bulan Perkahwinan 3 Juta itu berlangsung, seluruh penduduk di negeri Kedah diberi makan secara percuma. Sekurang-kurangnya 40 ekor lembu dan kerbau disembelih pada setiap hari. Pada sebelah malam pula diadakan pelbagai persembahan seperti Bangsawan, Wayang Kulit, dan acara silat.

penduduk

Semua perbelanjaan perkahwinan Diraja ini menelan belanja sebanyak 3 hingga 4 juta ringgit. Pada masa itu, kerajaan negeri Kedah tidak mempunyai wang perbelanjaan sebanyak itu dan dikatakan bahawa kerajaan negeri Kedah meminjam wang daripada kerajaan Siam dengan bersyarat. Kedah harus menerima Penasihat Kewangan daripada kerajaan Siam. Apabila tampuk pemerintahan negeri Kedah jatuh ke tangan Inggeris, maka merekalah yang kena melangsaikan hutang tersebut kepada kerajaan Siam kerana kerajaan negeri Kedah tidak mampu untuk melangsaikan hutang tersebut. Faktor inilah yang menjadi sebab campur tangan Inggeris dalam pemerintahan di Kedah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.