Perit Getir Hidup Zaman Penjajahan Jepun Di Padang Terap, Kedah

Laporan daripada sinar harian online ada mempamerkan pahit getir hidup seseorang pada zaman penjajah. Temu ramah dilakukan di Kuala Nerang Kedah. Pengalaman selama tiga tahun dan lapan bulan semasa di bawah pemerintahan penjajahan Jepun sangat memeritkan sehingga memberi tekanan kepada penduduk di Padang Terap.

jepun

Pemerintahan zaman pendudukan Jepun di bawah ketuanya iaitu O Hara bukan sahaja memberi tekanan dalam kehidupan tetapi akidah penduduk juga hampir terjejas kerana diarah menyembah matahari. Ismail Said, 86 tahun berkata dia yang hidup di tiga kuasa asing dapat merasai keperitan semasa pihak berkenaan menduduki Padang Terap. Semasa pemerintahan Jepun dia berusia 10 tahun tetapi dia masih ingat dan merasai pengalaman kezaliman tentera Nippon terhadap penduduk di Padang Terap.

Setiap bulan pada 8 hari bulan penduduk di Kuala Nerang diarahkan untuk berkumpul bagi menyanyikan lagu kebangsaan Jepun dan mendengar ceramah daripada pemimpin Jepun. Sebelum itu semasa matahari terbit, penduduk dan pelajar diarahkan untuk menyembah matahari. Bagi mereka yang enggan melakukannya akan diseksa dan ini menyebabkan penduduk terpaksa akur kerana takut dikenakan hukuman.

ismail

Mereka yang membuat kesalahan juga diarah minum air sehingga kenyang dan kemudiannya akan dipijak dengan dilapikkan papan sehingga seseorang itu mengaku. Menurutnya lagi semasa pemerintahan Jepun terdapat ladang paksa di daerah tersebut yang ditanam dengan kapas dan penduduk terutamanya lelaki dipaksa bekerja di ladang sehingga menyebabkan ada yang tidak tahan dan melarikan diri.

Makanan utama seperti pisang dan ubi juga sangat terhad dan susah untuk mendapatkannya. Beras pula sering dirampas Jepun dan secara tidak langsung menyebabkan penduduk bukan sahaja takut kepada tentera Jepun tetapi kepada perompak yang ganas. Katanya lagi semasa pendudukan Jepun tersebut seorang pegawai kerajaan sanggup menjual kain samping kepada bapanya dengan nilai 1000 nilai mata wang Jepun bagi tujuan untuk membeli makanan. Kain tersebut dikatakan masih ada dalam simpanannya untuk mengenangkan keperitan pemerintahan Jepun kepada anak cucu kita.

jepun kalah

Selepas tentera Jepun mengundur dari Malaysia pada 1945, komunis cuba mengambil kesempatan dengan cuba menawan Padang Terap sehingga kehidupan penduduk sekali lagi dihantui dengan kekejaman. Semasa komunis cuba menawan daerah berkenaan beberapa peristiwa hitam berlaku sehingga aktiviti kehidupan penduduk turut terjejas. Kekejaman British pada masa itu agak lembut jika hendak dibandingkan dengan penduduk Jepun yang agak ganas. British pada masa itu tidak mahukan orang Melayu berpelajaran dan hnya golongan bangsawan sahaja diberi pendidikan.

Ismail berkata kekejaman pihak berkenaan sepatutnya menjadi iktibar kepada generasi hari ini bagi mengekalkan kemerdekaan yang dicapai sekian lama. Oleh itu sudah sampai masanya generasi baru hari ini ambil alih dari golongan veteran bagi mengekang kuasa luar yang cuba menapak di negara kita ini semula.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.