Pondok Empat Tingkat Dalam Hutan Menjadi Kediaman Lima Beranak Di Kuala Nerang Kedah

Terbaru daripada sinar harian online, sepasang suami isteri bersama tiga orang anak mereka terpaksa tinggal di dalam hutan di Kampung Tualak, Mukim Belimbing Kiri Kuala Nerang Kedah. Menurut isterinya iaitu Nur Hidayah Rosilizam yang berusia 23 tahun dia, dan suaminya yang bernama Mohd Rizuan Yakob berusia 26 tahun bersama-sama tiga orang anak mereka terpaksa tinggal di dalam hutan tersebut sejak Disember tahun lalu dengan mendirikan pondok setinggi empat tingkat.

hutan

Katanya lagi sebelum ini mereka sekeluarga tinggal di rumah bapa mertuanya di Kampung Baru, Mukim Tualak tetapi terpaksa keluar kerana bilangan ahli keluarganya semakin ramai. Tambahan pula hutan itu merupakan tempat suaminya untuk mencari rezeki seperti menoreh getah, mengambil upah menebas dan mencari pucuk kayu untuk dijual. Kehidupan mereka berjalan dengan lancar walaupun jarak pondok mereka dengan rumah yang terdekat adalah kira-kira 1.5 kilometer dan jalan utama pula adalah sejauh 3km.

signboard

Sebelum membina pondok tersebut suaminya telah memikirkan mengenai keselamatan diri mereka. Oleh itu, suaminya telah membina pondok yang setinggi empat tingkat. Suaminya telah menyediakan tandas, dapur, bilik dan ruang tamu di dalam pondok tersebut manakala sebuah lagi bilik akan dibina untuk memudahkannya melahirkan anak keempat. Pada awal pembinaan pondok itu kehidupan mereka agak sukar kerana tiang dan lantai hanya menggunakan kayu serta rotan sahaja manakala dinding dan bumbung pula hanya menggunakan kanvas sahaja.

Namun lama kelamaan pondok tersebut diperbaiki dari masa ke semasa hasil daripada duit dari jualan getah. Mereka tidak pernah merasa kecewa tinggal di tanah milik datuk mereka kerana di situ mereka dapat mengusahakan pelbagai aktiviti bagi meneruskan kehidupan seperti berkebun dan menternak haiwan. Syukur alhamdulillah kerana selama mereka tinggal di dalam pondok ini walaupun angin kuat pondok tersebut dilindungi hutan dan bukit berhampiran.

Tujuan dibina pondok setinggi empat tingkat adalah untuk menghindari mereka daripada diganggu binatang buas seperti babi hutan yang sering berkeliaran pada waktu malam untuk mencari makanan. Adun Kuala Nerang iaitu Datuk Badrol hisham yang melawat mereka sekeluarga berkata akan berbincang perkara ini dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Zakat Padang Terap bagi membina rumah mereka di situ.

pondok 3

Menurutnya lagi sebelum ini keluarga tersebut pernah ditawarkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) tetapi mereka menolak kerana enggan berpindan dari kawasan tersebut dan mungkin mereka berfikir akan menggunakan kos yang banyak selepas tinggal di rumah tersebut. Apa-apa pun warga orangkedah.com sangat kagum dengan sikap suami isteri ini yang masih utuh menjaga antara satu sama lain dan kasih sayang mereka juga tidak pernah hilang walaupun hidup serba kekurangan.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.