Pulau Lagenda, Pulau Langkawi

Langkawi merupakan salah satu daripada daerah dalam negeri Kedah Darul Aman, Malaysia. Pulau Langkawi diberi status bebas cukai pada tahun 1987. Kini, pulau yang kaya dengan keindahan semula jadi dan lagenda masa silam ini telah menampilkan diri sebagai salah satu daripada destinasi perlancongan yang paling popular di Malaysia. Langkawi sebenarnya merupakan suatu gugusan pulau di mana Pulau Langkawi merupakan yang terbesar.

lang

Nama Langkawi ialah kombinasi antara “Lang” dan “Kawi”. “Lang” diambil daripada perkataan bahasa Melayu iaitu helang. Ini dapat dibuktikan dengan keberadaan burung-burung helang yang terbang bertebaran di kebanyakan tempat di Langkawi antaranya kawasan Kilim Geopark, Pulau Singa Besar dan seluruh kepulauan Langkawi. Langkawi juga menjadi habitat kepada sejumlah burung helang merah kawi. Kawi beerti merah hati, ini kerana helang tersebut mempunyai bulu merah hati dan berkepala putih.

Kawi juga bererti tulisan Kawi, tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu Jawa. Selain itu, Kawi juga merujuk kepada sejenis batu iaitu Batu Kawi atau batu kapur. Lambakan Batu Kawi terdapat di Langkawi. Patung Helang yang terdapat di Dataran Helang jika diteliti, juga dilihat sedang berdiri diatas Batu Kawi.

“Kawi” dalam bahasa Sanskrit ialah guli, yang mana ia ditemui sebagai pertemuan bahagian Malaysia. Apabila kedua-dua perkataan digabungkan, ia membentuk perkataan “Helangkawi” yang kemudian menjadi Langkawi.

pulau

Dipercayai bahawa Langkawi mendapat namanya daripada perkataan Langkasuka. Sumber-sumber sejarah tidak banyak tetapi mengikut satu rekod sejarah Dinasti Liang China (500 M) merujuk kerajaan itu sebagai “Langgasu” yang diasaskan pada kurun pertama Masihi. Rujukan lain dijumpai di dalam buku oleh Tun Mohamed Zahir yang bertajuk The Legends of Langkawi yang mana nama tersebut menggabungkan dua perkataan Sanskrit—”Langka” (keindahan) dan “Wi” (tidak terkira).

peta

Langkawi terletak di utara Selat Melaka berhampiran sempadan antara Malaysia dan Thailand. Beberapa kilometer jarak ke utara pulau Thai iaitu Pulau Tarutao. Bandar utama gugusan pulau terletak di pulau utama iaitu Pekan Kuah. Titik tertinggi Langkawi ialah Gunung Raya, yang mencapai ketinggian 881 m dari atas paras laut di kawasan tengah-barat pulau utama dan mengandungi 99 pulau yang merangkumi jumlah kawasan darat 528 km persegi (204 batu persegi).

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.