Rohingya Harus Dibantu, Sungai Petani Kedah

Laporan sinar harian ada mengatakan bahawa Majlis Perunding Islam Malaysia (Mapim) bersama-sama dengan beberapa budan badan kerajaan (NGO) Islam dari Malaysia akan menyalurkan bantuan misi kemanusiaan. Bantuan tersebut adalah berjumlah RM200,000 untuk diberikan kepada 140,000 pelarian etnik Rohingya yang telah ditindas di Rakhine. Menurut presidennya iaitu Mohd Azmi Abd Hamid, misi bantuan ini adalah dari segi barangan makanan dan ubat-ubatan yang akan diagihkan sebagai solidariti kepada mangsa-mangsa keganasan.

mapim

Katanya lagi misi bantuan ini bermula dari Kuala Lumpur dan sampai di Dhaka, Bangladesh yang merupakan sempadan Myanmar. Keadaan ini adalah disebabkan kerajaan Myanmar telah menutup akses bagi Pertubuhan Bangsa Bersatu daripada masuk ke negara mereka. Misi bantuan ini hanya dapat disampaikan melalui laluan Bangladesh iaitu kepada 140,000 pelarian atau lebih daripada 25,000 keluarga yang berada di sebelah Myanmar termasuklah yang merentasi sungai melarikan diri ke Bangladesh atau negara yang berhampiran.

Beliau berkata demikian pada program Himpunan Munajat Untukmu Rohingya anjuran Persatuan Persaudaraan Muslimah Malaysia (Salimah Kedah) di Masjid Al-Abrar di Taman Peruda. Bantuan tersebut akan disampaikan oleh Mapim bersama Salimah Kedah dan beberapa NGO melalui laluan Bangladesh pada 15 September ini. Katanya lagi, program berkenaan telah berjaya menghimpunkan lebih 100 Muslimat tempatan termasuk etnik Rohingya sendiri di negeri ini untuk solat hajat di masjid berkenaan.

etnik

Bukan misi kemanusiaan sahaja yang dianjurkan oleh Mapim malah mereka telah melancarkan kempen untuk mengumpulkan sebanyak 1000 tadatangan daripada tokoh-tokoh negara yang menuntut supaya Anugerah Keamanan Nobel Aung San Suu Kyi ditarik balik. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com Malaysia akan menggunakan hubungan diplomatik dengan Bangladesh untuk menyampaikan misi bantuan dari Malaysia pada 15 September ini.

bangladesh

Beliau turut menyatakan bahawa mereka akan mendesar Bangladesh untuk memberi kerjasama sepenuhnya terhadap NGO dalam menyampaikan bantuan makanan dan ubatan yang bernilai sebanyak RM65 untuk setiap keluarga yang ditindas. Pihak Bangladesh tidak boleh menutup laluan dan menyusahkan NGO antarabangsa. Kerjasama daripada Bangladesh amat-amat diperlukan untuk membawa masuk segala jenis bantuan. Demi sebuah persaudaraan Islam, Bangladesh perlu membantu pelarian Islam ini kerana Bangladesh merupakan satu-satunya kawasan pilihan pelarian.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.