Runtuhnya Kerajaan Melayu-Islam Singgora Di Songkhla

Kali ini warga orangkedah.com ingin memaparkan sebuah artikel yang berkaitan dengan sebuah kerajaan Melayu yang telah lama lenyap dari peta tanah Semenanjung emas. Pada masa dahulu kerajaan ini merupakan kerajaan yang terkaya dan terkuat diutara semenanjung emas tetapi ianya tidak kekal lama disebabkan hasad dengki daripada negara jiran. Dalam beberapa tahun sahaja kerajaan ini berjaya dimusnahkan dan sejak hari orang Melayu bukan lagi penduduk majoriti Singgora atau Songkla sebaliknya lebih ramai orang Thai yang mendiami negeri tersebut.

sultan

Sejarah awal Singgora sebenarnya telah tercatat pada catatan awal China sekitar abad ke 6 dan 7 Masihi. Dalam Salasilah Sultan Sulaiman juga ada menyebutkan mengenai seorang saudagar Parsi bernama Datuk Muzaffar yang datang dari Jawa Tengah dan telah menetap di Sitingpra, Singgora. Ulama tersebut dilantik oleh pengikutnya sebagai pemerintah yang bergelar Sultan Muzaffar Syah yang mentadbir Singgora. Beliau merupakan seorang panglima tentera yang fasih mengenai selok belok ketenteraan dan bijak dalam strategi pentadbiran. Ketika ini Singgora menjadi tumpuan para pedagang dari Eropah, Arab, Parsi, China, Jepun dan seluruh nusantara.

duit

Sultan Sulaiman Syah telah menggantikan Sultan Muzaffar Syah apabila baginda telah mangkat pada tahun 1618. Sultan Sulaiman meneruskan usaha-usaha ayahandanya dengan membina tembok-tembok pertahanan dan bedil-bedil kerana baginda tahu kemakmuran serta kemasyhuran Singgora amat dicemburui oleh negara-negara lain. Sepanjang pemerintahan Sultan Sulaiman, Siam tidak henti-henti melakukan serangan dan pencerobohan untuk menawan negeri makmur tersebut. Namun dengan izin Allah semuanya gagal.

loceng

Namun kejayaan itu tidak bertahan lama apabila pihak Siam menyerang Singgora habis-habisan. Dalam peperangan tersebut Siam diketuai oleh Phraya Ranchodo dan raja Siam ketika itu ialah Raja Narai Maharaj yang baru berjaya membebaskan Ayuthia daripada jajahan Burma. Siam turut dibantu oleh tentera upahan Portugis dan Belanda. Akhirnya kerajaan Singgora telah ditewaskan pada tahun 1687 Masihi. Ramai orang Melayu Islam yang telah ditawan dan dibawa ke Ayuthia.

Sultan Sulaiman dan dua adindanya iaitu Hassan dan Hussein dipindahkan ke Chaiya. Sultan Sulaiman dilantik menjadi pemerintah wakil Siam di Chaiya dengan gelaran Phraya Picit Phalodi Sipicai Songkram, Hussein dilantik sebagai Raja Muda Chaiya putra mahkota Singgora, Taufik dibawa ke Ayuthia dan Hassan dilantik sebagai laksamana tentera Siam oleh raja Narai Maharaj. situasi ini menujukkan bahawa raja narai bersifat belas berbanding keturunanya kemudian yang bertindak kejam dengan membunuh kaum kerabat kerajaan yang ditawannya.

senjata melayu

Salasilah Sultan Sulaiman juga ada mengatakan bahawa baginda menyatakan terdapat kerabat dan waris baginda yang dipaksa dan terpaksa menganut agama Buddha ketika berada di bawah tekanan Siam. Catatan seorang penulis Cina iaitu Hsieh Chi’ing Kao juga ada menyatakan bahawa penduduk Singgora pada asalnya ialah orang Melayu-Islam tidak memakan daging babi dan ketika berjalan sentiasa membawa keris yang tersisip di pinggang. Kaum wanita menutup kepala manakala lelaki seluar.

penduduk

Terdapat sebuah peninggalan kerajaan Islam Singgora yang masih wujud hingga kini iaitu sebuah bedil atau meriam milik Sultan Sulaiman. Bedil itu sekarang tersimpan di Royal Chelsea Hospital, London. Bedil tersebut berada di london kerana semasa tentera Siam mengalahkan Singgora pada tahun 1689 Masihi, bedil tersebut telah dirampas daripada Sultan Sulaiman dan dibawa ke Ayuthia. Bedil tersebut digunakan untuk memerangi Burma sehingga Ayuthia dikalahkan oleh Burma pada tahun 1767.

meriam

Bedil tersebut telah dibawa ke Burma sebelum dirampas pula oleh Inggeris dalam perang Inggeris-Burma. Pada tahun 1886, bedil itu dibawa pulang ke England. Bayangkan betapa uniknya bedil tersebut sehigga menjadi rebutan dalam kalangan penjajah, padahal bedil tersebut tidaklah sebesar bedil Sri Pattani atau bedil Turki Uthmaniyah. Begitulah keagungan Melayu-Islam Singgora yang cuba dihapuskan sejarahnya oleh penjajah-penjajah namun apa yang menariknya keindahan dan kehebatan bedil Sultan Sulaiman telah menawan hati mereka sehinggakan penjajah menyimpannya dan tidak memusnahkannya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.