Sarang Dadah Digempur Di Daerah Yan Kedah

Sebut sahaja mengenai dadah pasti masyarakat akan gerun mendengarnya. Dadah ini adalah sesuatu yang sangat-sangat membahayakan nyawa seseorang. Seseorang yang terjebak dengan kegiatan dadah ini mungkin kerana desakan hidup yang melampau dan mungkin juga disebabkan oleh dianiaya oleh kawan-kawan. Segala kemungkinan boleh berlaku dan apa yang perlu dibuat adalah sentiasa berwaspada dan jangan terlalu mudah mempercayai seseorang. Jika sudah terjebak kesannya amatlah dahsyat dan boleh membawa maut.

dadah membahayakan

Terbaru menurut Sinar Online di Kedah iaitu di Daerah Yan seramai 23 penagih dadah berjaya ditangkap dan dicekup dalam operasi yang dijalankan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK). Kejadian ini berlaku di kawasan perkampungan nelayan Kampung Kuala Sala di Yan Kedah semalam. Ketua Pegawai AADK Daerah Yan iaitu Mohamad Ramli berkata bahawa operasi kali ini dijalankan hasil aduan daripada penduduk yang menyedari akan kewujudan sarang penagihan dadah di persisiran laut. Kawasan tersebut masih aktif walaupun telah banyak kali diserbu sebelum ini.

AADK

Katanya lagi operasi yang dijalankan ini melibatkan seramai 10 orang anggota AADK, 8 orang anggota polis serta tujuh anggota Rela yang diketuai Wan Noor Shah Abdullah. Bahagian AADK juga turut melakukan siasatan ataupun risikan awal sejak seminggu yang lalu supaya operasi yang dijalankan berjalan dengan lancar dan membuahkan hasil. Operasi ini bermula pada jam 3 petang dan berakhir pada jam 9 malam dan setakat pada itu mereka berjaya menahan 23 individu yang disyaki terlibat dengan dadah.

Ketika operasi berlangsung, pelbagai insiden berlaku yang melibatkan penagih dadah ini. Terdapat penagih yang terus memecut motosikal yang ditunggang ketika ditahan oleh pihak berkuasa. Namun pecutannya berjaya dipatahkan apabila penagih tersebut gagal mengawal motosikalnya dan masuk ke dalam semak berhampiran. Tidak ketinggalan juga ada yang lari melalui sungai dan bendang tetapi semuanya dapat ditahan kerana kawasan-kawasan tersebut telah dikepung oleh pihak berkuasa.

jenis dadah

Hasil daripada penangkapan tersebut mendapati bahawa kesemua penagih yang ditahan adalah berusia antara 18 hingga 60 tahun. Mereka semua telah dibawa ke Pejabat AADK Daerah Yan untuk tindakan selanjutnya. Setelah ujian saringan air kencing dibuat ternyata kesemuanya adalah positif dadah jenis opiat dan methamphetamine. Ketua Polis mengatakan bahawa 13 individu tersebut akan disiasat di bawah seksyen 3(1) Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983 dan 10 yang lain akan diserahkan kepada pihak PDRM untuk disiasat di bawah seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

dadah opiat

Dalam hal ini peranan semua pihak adalah sangat penting untuk mengelakkan peningkatan terhadap penagih dadah. Peranan Ibu bapa dalam menasihati anak-anak, peranan masyarakat untuk memberikan sokongan kepada rakyat sekeliling, peranan pihak sekolah dalam memberikan motivasi dan program-program pencegahan dadah dan peranan pihak berkuasa sendiri dalam usaha membanteras kegiatan ini dengan bersungguh-sungguh.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.