Sejarah Dan Asal Usul Bandar Baharu Kedah

Daerah Bandar Baharu merupakan sebuah daerah kecil dari 11 buah daerah yang terdapat di Negeri Kedah. Daerah ini terletak di Selatan Negeri Kedah iaitu bersempadan dengan Perak Utara (Daerah Kerian) dan Seberang Perai Selatan (Daerah Jawi). Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, Sungai Kerian merupakan pemisah atau sempadan di antara Utara Perak dan Selatan Kedah.

peta

Pada sekitar sebelum kemerdekan, Sungai Kerian telah menjadi jalan perhubungan dalam kalangan para penduduk di situ. Dahulu penempatan para penduduk adalah di pinggir sungai manakala selepas negara mencapai kemerdekaan infrastruktur di daerah ini semakin berkembang baik. Misalnya seperti kemudahan jalan raya telah dibina. Apabila munculnya perkembangan demi perkembangan kehidupan para penduduk juga mula berubah sedikit demi sedikit. Mereka mula membina rumah-rumah di persekitaran jalan dan terbentuklah kampung-kampung yang mudah dihubungi melalui jalan darat.

sungai kerian

Menurut sumber lisan daripada penduduk kampung, Daerah Bandar Baharu dahulunya dikenali sebagai Pengkalan Haji Ali. Katanya Haji Ali merupakan Orang Rao dan seorang yang kaya. Beliau tinggal di Kampung Permatang Pasir dan setiap kali ingin keluar ke pekan, beliau akan mengupah seorang Cina untuk membawanya menaiki lanca ke tebing Sungai Kerian. Selepas itu, beliau sendiri akan mendayung sampan menuju ke destinasi yang ingin ditujunya dan pada masa itu sudah terdapat kemudahan kereta kuda yang akan digunakan untuk pengangkutan jarak jauh.

Penduduk di sekitar kawasan tersebut ada menyatakan bahawa dahulu Bandar Baharu tidak mempunyai Pegawai Daerah. Bandar ini hanya mempunyai seorang Penghulu dan Penghulu mereka yang pertama ialah Penghulu Ahmad yang bertugas di kawasan Bagan Samak. Beliau sangat bertanggungjawab dan komited terhadap kerjanya. Semasa menjalankan tugasnya mentadbir kawasan tersebut beliau telah ditembak mati oleh seseorang yang tidak dikenali. Tujuan beliau ditembak juga tidak diketahui.

sungai

Selepas daripada peristiwa tersebut, Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Hamid merancang untuk datang ke Pengkalan Haji Ali tetapi baginda tidak dapat datang atas sebab-sebab yang tertentu. Disebabkan hal itu baginda mengarahkan Tengku Sulong untuk menggantikan tempatnya datang ke Pengkalan Haji Ali. Gelaran Sultan pada masa itu ialah Yang Amat Mulia Tuan. Maka selepas kedatangan Tengku Sulong ke daerah tersebut baginda telah mengubah nama Pengkalan Haji Ali kepada Jajahan Bandar Baharu.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.