Sejarah Istana Pulau Tiga Di Merbok Kedah

Pada zaman dahulu Siam dan British berlumba-lumba untuk mendapatkan Tanah Melayu terutamanya Kedah. Kedah dikatakan mempunyai banyak tinggalan-tinggalan lama dipercayai kesan daripada pemerintahan yang terdahulu. Dalam usaha menjajah Tanah Melayu, Siam dan British berusaha memusnahkan segala tinggalan sejarah yang terdapat di negeri Kedah. Banyak bukti-bukti mengenai pemerintahan zaman dahulu kala dimusnahkan oleh pihak Siam mahupun British. Penghapusan ini dilakukan adalah untuk memadam kesan-kesan pembangunan yang pernah ada di sekitar kedah dan sekaligus memadam memori masyarakat terhadap kewujudannya terutamanya terhadap generasi akan datang. Sejarah yang wujud tidak mungkin akan dapat dirungkai jika tiadanya bukti-bukti yang wujud di dalamnya.

kedah tua

Kota Istana Pulau Tiga atau juga disebut sebagai Pulau Kunyit merupakan salah satu bangunan pemerintahan yang telah dimusnahkan oleh pihak Siam dan British. Kota ini dikatakan telah wujud semenjak zaman pemerintahan Iskandar Zulkarnain lagi. Iskandar Zulkarnain merupakan seorang tokoh muslim yang sangat berkuasa tetapi soleh. Cerita mengenai Iskandar Zukarnain turut tertulis dalam catatan sejarah orang-orang barat iaitu diberi gelaran sebagai Alexander The Great. Kota Istana Pulau Tiga terletak di dalam Sungai Merbok dan pada hari ini pulau ini dikelilingi oleh pokok bakau tetapi mempunyai tanah di bahagian tengahnya yang rata dan kejap.

istana Pulau

Menurut penduduk di sekitar Sungai Merbok, dahulu Istana Pulau Tiga dinamakan sebagai Istana Ayutia dan di sekelilingnya terdapat masjid-masjid yang telah dibina pada zaman Raja Iskandar Zulkarnain. Pada masa itu pembangunan di sekitar tempat ini sangatlah gah dan cantik. Kecantikan Istana ini telah memikat hati Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III dan beliau telah meniru pembinaan Istana Ayutia dengan mengambil kira saiz dan reka bentuknya. Maka pembinaan Istana Ayutia ini dikhabarkan menyamai pembinaan istana di Mandalay oleh Raja Mandalika Sultan Madzafar Syah III.

Istana Ayutia

Selain itu, Istana Pulau Tiga ini turut didiami oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah yang pada ketika itu sedang bersembunyi dan melarikan diri daripada tentera Thai setelah kalah dalam peperangan mempertahankan negeri di bawah takluknya. Tentera Siam memburu Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah kerena dikatakan baginda telah mengkhianati pihak Siam dengan memberi bantuan kepada Burma. Siam membalas perbuatan Sultan Ahmad Tajuddin dengan membunuh pembesar dan ramai penduduk Kedah dijadikan sebagai tawanan. Peperangan ini tercetus kerana hendak menangkap Sultan Ahmad Tajuddin yang menjadi Sultan Kedah pada ketika itu.

batu-bata

gok

Kesan-kesan peninggalan Istana Pulau Tiga tidak akan dapat dikesan apabila air sedang pasang kerana ditenggelami oleh air. Apabila air sedang surut kesan-kesan batu-bata istana akan boleh dilihat di dalam air. Istana Pulau Tiga telah dirobohkan oleh tentera Thai yang berpakat dengan tentera British dengan menggunakan bom sekitar tahun 1976-1881. Sisa-sisa batu-bata yang masih tertinggal dibuang ke dalam Sungai yang berhampiran dengan Istana tersebut iaitu dipanggil Sungai Merbok. Jika anda ke sini anda akan melihat terdapat dua buah Gok yang tidak sempat dihapuskan oleh Siam. Gok ini merupakan tempat membuat kayu arang menggunakan kayu-kayu bakau yang terdapat di persisiran pantai. Terdapat juga tinggalan-tingalan lain yang boleh dikaitkan dengan pembinaan Istana Pulau batu Tiga. Jika mahu meneliti sejarah Istana Pulau Tiga dengan lebih lanjut anda boleh melawat ke kawasan ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.