Sejarah Kedatangan Seni Silat Gayong Di Kedah

Seni silat adalah sejenis ilmu bela diri yang diakui umum sebagai hak asli kepunyaan bangsa Melayu. Berdasarkan beberapa bukti penemuan tinggalan sejarah yang terdapat di Candi Borobodur dan Candi Prambanan di Jawa dapat dipastikan bahawa seni mempertahankan diri ini telah wujud di kawasan Kepulauan Melayu sejak abad ke-8 Masihi lagi, untuk pengetahuan pembaca setia orangkedah.com.

logo

Seni Silat dibawa masuk ke Tanah Melayu oleh seorang putera Bugis iaitu dari Kepulauan Sulawesi yang bernama Daeng Kuning atau digelar Panglima Hitam. Beliau dan enam saudaranya telah bermastautin di Tanah Melayu serta segala ilmu persilatan telah diperturunkan kepada keturunannya. Bagi meperkukuhkan dunia Silat Gayong di negeri Kedah, Sultan Kedah iaitu DYMM Almarhum Sultan Badlishah telah memilih Meor Abdul Rahman untuk mengajar seni Silat Gayong kepada rakyat Kedah.

bara api

Pilihan ini dibuat apabila baginda Sultan telah melihat prestasi yang membanggakan rombongan Silat Seni Gayong Singapura yang datang ke negeri Kedah atas jemputan Sultan sendiri di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid. Jemputan ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Seni Silat Gayong kepada rakyat Kedah. Perihal ini dipersoalkan oleh Meor Abdul Rahman, katanya mengapa beliau harus mengembangkan silatnya di Kedah padahal terdapat ramai pendekar silat di negeri ini. Jawab Sultan bahawa seni silat di Kedah pada waktu itu kurang berkesan dan sentiasa kalah dengan Siam serta khabar angin turut mengatakan bahawa Meor Abdul Rahman dapat mengalahkan orang-orang Siam.

Awalnya Meor Abdul Rahman berasa keberatan untuk mengembangkan Seni Silat Gayong di Kedah kerana menghormati pendekar-pendekar silat yang sudah sedia ada di Kedah. Namun, dalam keadaan terpaksa beliau harus juga mengajar silat di Kedah kerana Sultan telah menghantar anggota Polis untuk menjemput beliau ke Kedah. Baginda turut tertarik akan aksi Meor Abdul Rahman mengenai rahsia berjalan di atas bara api sewaktu baginda menyaksikan sendiri dalam demonstrasi di Kelab Sukan Sultan Abdul Hamid.

silat gayong

Tidak mudah untuk belajar silat, hanya idividu tertentu sahaja yang dapat menamatkan pengajian silat mereka dengan sempurna. Individu yang telah berjaya sebenarnya memiliki sifat-sifat terpuji dan keikhlasan yang tinggi sehingga sanggup berkorban untuk agama, bangsa, dan negara tanpa mementingkan diri sendiri. Sifat ini kemudiannya menjadi semakin subur dan terpimpin apabila mereka mendalami pelajaran dan falsafah seni silat.

silat

Perguruan seni silat sebenarnya dibentuk untuk memiliki ketahanan mental dan fizikal yang maksimum. Pendekatan ini merupakan kaedah utama yang dilakukan oleh Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia. Falsafah pendidikan Seni Silat Gayong telah dirangka sejak dahulu lagi untuk melahirkan satu generasi yang berhemah tinggi dan berwawasan agar dapat memelihara kesucian agama Islam serta memimpin bangsa dan negara ke arah jalan yang diredhai Allah S.W.T.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.