Sejarah Kemunculan Pekan Kuah Dan Belanga Pecah Di Langkawi Kedah

Pekan Kuah merupakan pekan yang terbesar di Pulau langkawi. Pekan ini mendapat namanya lanjutan daripada satu peristiwa yang berlaku beratus-ratus tahun dahulu. Terdapat dua orang pahlawan di Langkawi iaitu pahlawan Mat Raya dan pahlawan Mat Chincang. Mereka adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau tersebut. Mereka mempunyai kekuatan yang luar biasa dan sangat handal serta masing-masing mempunyai seorang anak yang sudah dewasa.

pekan kuah

Apabila meningkat dewasa kedua-dua orang anak mereka saling jatuh cinta. Perhubungan mereka direstui oleh Mat Chincang dan Mat Raya. Maka sebuah perkahwinan didirikan, namun pada hari perkahwinan tersebut berlaku salah faham antara Mat Chincang dan Mat Raya kerana dikatakan anak lelaki Mat Chincang berlaku sumbang dengan seorang dara dan hal ini menimbulkan kemarahan Mat Raya.

mat chinchang

Kedua-dua orang mereka tidak mahu mengaku kalah dan masing-masing mengaku bahawa dirinya lebih hebat. Maka berlakulah satu pergaduhan yang besar antara mereka. Mat Chinchang dan Mat Raya sudah tidak menghiraukan orang ramai yang sibuk menyiapkan hidangan untuk perkahwinan kedua-dua orang anak mereka. Semasa pergaduhan tersebut mereka telah melanggar apa sahaja yang menyekat pergerakan mereka.

belanga pecah

Pinggan mangkuk dan belanga habis pecah bertaburan dan ada juga belanga yang terpelanting jauh dari situ sehingga tempat tersebut disebut Belanga Pechah. Kuah gulai pula tumpah dan mengalir ke satu tempat sehingga nama tempat tersebut dikenali sebagai Pekan Kuah. Dalam pergaduhan itu tidak ada seorang pun yang menang. Akibat rasa malu terhadap orang ramai dan anak-anak mereka, akhirnya kedua-dua pahlawan tersebut lari untuk bertapa di dua buah gua yang berasingan.

pekan kuah 2

Dipercayai mereka telah mati di sana dan mayat mereka tidak pernah dijumpai. Gunung pertapaan Mat Raya disebut Gunung Raya dan gunung yang menjulang di paras 1000 meter ini adalah puncak tertinggi di Pulau Langkawi. Banyak sejarah dan lagenda yang berasal dari Gunung Raya. Dikatakan kebanyakkan sungai dari Pulau Langkawi ini bermula dari Gunung Mat Raya. Air dari sungai ini juga sering dikaitkan dengan perjodohan gadis di Langkawi.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.