Sejarah Keriuhan Halu Pulau Atau Pesta Menumbuk Emping Di Kedah

Kedah merupakan pengeluar padi utama di Malaysia dan sudah semestinya terdapat pelbagai aktiviti berkaitan dengan penanaman padi. Salah satu aktiviti yang dapat dikenal pasti dimainkan pada waktu dahulu ialah Halu Pulau atau juga dikenali sebagai Pesta Menumbuk Emping, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

pesta

Pesta ini diadakan dalam kalangan penduduk kampung sekitar negeri Kedah. Penglibatannya terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira lelaki atau perempuan. Biasanya satu kumpulan disertai seramai lima orang penduduk. Emapt orang akan menggunakan empat batang halu untuk menumbuk segenggam padi pulut muda di sebuah lesung dan seorang lagi akan menumbuk halu yang paling kecil daripada lima batang tadi sebagai “Penganak” atau perentak lagu. Bunyi dentuman halu yang bergilir-gilir menumbuk ke lesung itu mengeluarkan irama yang musikal.

padi

Pesta ini digelar ‘Halu Pulau’ kerana dilakukan sesama mereka dan kampung lain turut mengadakan pusat yang sama di kampung masing-masing hanya terpisah dengan berselang seli dengan banjaran bukit dan lembah-lembah sawah yang luas iaitu dinamakan sebagai kelompok-kelompok terpencil yang digelar sebagai pulau-pulau. Kebiasaanya pesta ‘Halu Pulau’ akan diadakan di sebelah malam bulan purnama pada musim padi yang hampir masak. Padi-padi tersebut dikumpul dan ditumbuk sehingga menjadi emping.

Apabila pesta ‘Halu Pulau’ ini berlangsung pastinya suasana akan menjadi riuh rendah dengan gelak ketawa dan terdengar pula hentakan halu serta lesung dari kampung-kampung lain yang berhampiran. Dikatakan hentakan ‘Halu Pulau’ ini bergema di seluruh lembah sehingga bulan menjadi samar kerana dilindungi bukit. Kayu-kayu yang digunakan untuk mengeluarkan bunyi dentuman yang nyaring antara lesung dan halu ialah dipilih dari kayu temak yang tumbuh di bukit. Selain kayu temak, kayu-kayu lain seperti kayu medang tok, medang kemangi, kayu encong kecil, kayu cempedak dan kayu nangka juga sesuai digunakan asalkan ianya mempunyai teras yang baik serta tidak mengandungi air yang banyak.

emping

Setelah dipilih kayu yang terbaik, kayu tersebut akan dijemur di luar iaitu mengenai panas matahari sehingga ianya betul-betul kering sebelum dibentuk mengikut cita rasa sendiri. Halunya tidak akan sama panjang antara satu sama lain dan mempunyai ukuran yang berlainan. Hal ini kerana Halu yang tidak sama panjang akan mengeluarkan bunyi yang berlainan dan menimbulkan irama dalam hentakannya. Penduduk mengatakan bahawa Pesta ‘Halu Pulau’ ini masih lagi dilaksanakan di beberapa buah kampung di Kubang Pasu seperti Kampung Darat dan Kampung Wang Perak.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.