Sejarah Kewujudan Pendang Kedah

Setiap tempat mempunyai sejarahnya yang tersendiri begitu juga dengan kawasan pendang Kedah. Nama Pendang dikatakan berasal daripada nama Pendiat yang bermakna parit atau lubang yang digali khas untuk menangkap dan menjinakkan gajah. Gajah-gajah yang telah dijinakkan akan dimandikan di sebuah telaga sejarah yang terdapat berhampiran Balai Polis Daerah Pendang. Telaga yang digunakan dipercayai telaga yang tidak pernah kering walaupun tibanya musim kemarau.

pendang

Dahulu Pendang merupakan tempat pembiakan gajah yang terbesar dan terkenal sekali di negeri Kedah. Gajah dikatakan menjadi kenderaan utama pada ketika itu terutamanya sebagai kenderaan darat untuk menghantar ufti ke negeri Siam. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com daerah Pendang telah diwartakan dalam Negeri Kedah Darul Aman pada 1 Februari 1975. Keluasan daerah Pendang adalah sekitar 62,929 hektar dan ianya terbahagi kepada lapan mukim yang terdiri daripada Mukim Tobiar, Mukim Padang Pusing, Mukim Guar Kepayang, Mukim Padang Peliang, Mukim Bukit Paya, Mukim Padang Kerbau dan Mukim Air Puteh.

getah

Pelbagai jenis tanaman yang telah diusahakan dalam daerah Pendang ini. Antara tanaman yang semakin pesat diusahakan di daerah Pendang ialah rambutan, durian, cempedak, mangga, dokong, limau bali, nangka dan manggis. Sektor perniagaan yang terdapat di daerah Pendang dapat dibahagikan kepada dua kategori iaitu perniagaan formal (barang runcit dan perkhidmatan) dan perniagaan tidak formal (gerai dan penjaja). Perniagaan-perniagaan sebegini biasanya tertumpu kepada penempatan utama seperti Pekan Pendang, Tanah Merah, Tokai, Kubur Panjang dan Kokbah.

kilang

Sektor perindustrian di Pendang adalah berselerak dan terdapat di merata tempat. Hal ini kerana daerah Pendang tidak mempunyai kawasan khusus untuk sektor perindustrian. Industri di Pendang banyak tertumpu kepada hasil pertanian seperti kilang beras dan getah. Kilang-kilang di Pendang kebanyakkannya dimonopoli oleh kaum Cina iaitu sebanyak 68 peratus manakala kaum Melayu hanya meiliki 26 peratus sahaja dan bakinya dimiliki oleh lain-lain kaum.

sek ren

Setakat hari ini daerah Pendang mempunyai 32 buah Sekolah Kebangsaan, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Menengah Agama Rakyat dan Sekolah Menengah. Keseluruhan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah dianggarkan sebanyak 13,994 orang dengan tenaga pengajar seramai 740 orang serta mempunyai 240 buah kelas kesemuanya.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.