Sejarah Pembinaan Balai Nobat Di Alor Setar Kedah

Tahukah anda apa itu Nobat? Nobat dapat didefinisikan sebagai sekumpulan Pancaragam Melayu yang biasanya dimainkan ketika Raja ditabal dan membawa maksud memainkan ke atas tahta kerajaan atau menjadi Raja. Perkataan Nobat adalah berasal dari Negara Parsi yang menggunakan perkataan ‘Naubat’ iaitu membawa maksud sembilan jenis. Negeri-negeri Melayu yang mempunyai Nobat ialah Perak, Kedah, Terengganu, dan Selangor sahaja, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

Menurut sejarah Balai Nobat merupakan antara lokasi yang paling awal ditubuhkan di Bandar Alor Setar. Bandar Alor Setar mula dibuka oleh Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Muazzam Shah iaitu Sultan Kedah yang ke-19 dan mula memerintah negeri Kedah sekitar tahun 1710 sehingga 1778. Balai Nobat merupakan sebuah bangunan yang menyimpan alat-alat muzik Nobat apabila ianya tidak digunakan.

balai noba

Terdapat juga beberapa buah bangunan yang dbina bersama Balai Nobat antaranya ialah Istana Kota Setar, Balai Besar, dan Masjid Negeri. Balai Nobat diubahsuai semasa pemerintahan Sultan Kedah ke-25 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah sekitar tahun 1854 hingga 1879 dengan mengubah suai rupa Balai Nobat asal menjadi sebuah bangunan setinggi lima tingkat dan hanya terbina daripada kayu serta beratap zink. Namun,rekod gambar bangunan asas Balai Nobat masih tersimpan tetapi bentuknya kurang jelas dan tidak direkodkan sebarang penerangan mengenai bentuk asal bagunan Balai Nobat ini secara terperinci.

alat muzik nobat

Semasa pemerintahan Sultan Kedah yang ke-26 iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah yang memerintah sekitar 1882 hingga 1943, sekali lagi pengubahsuaian dilakukan terhadap bangunan Balai Nobat ini. Pembaharuan bangunan tersebut dilakukan sekitar tahun 1906 dengan memperkukuhkan lagi binaan yang diperbuat daripada batu dan logam. Walaupun pembaharuan dilakukan tetapi bentuk asal Balai Nobat dikekalkan serta dibahagikan kepada tiga peringkat dengan mewujudkan ciri-ciri keislaman melalui kubah yang terletak dibahagian kemuncaknya.

Ada juga mengatakan bahawa sebelum bangunan Balai Nobat dibina, permainan Nobat telah dilakukan di sebuah anjung Istana lama Sultan Kedah iaitu di belakang Balai Besar yang masih ada sehingga sekarang. Terdapat juga beberapa orang ahli sejarawan yang mengatakan bahawa tempat yang lebih awal menjadi pusat permainan Nobat adalah di sebuah tempat kecil iaitu di sebuah Makam Langgar.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.