Sejarah Permainan Laga Kerbau Di Kedah

Laga kerbau merupakan satu permainan tradisi yang terdapat di Kedah sekitar sebelum tahun 1936. Permainan ini tidaklah merupakan permainan yang penuh dengan upacara dan adat istiadat yang tertentu tetapi hanyalah sekadar untuk bersuka-suka serta yang lebih penting adalah untuk tujuan perjudian semata-mata, untuk makluman pembaca setia orangkedah.com.

laga kerbau

Tidak dapat dinafikan bahawa permainan laga kerbau amat popular dan penting dalam kalangan masyarakat dahulu iaitu sebelum tahun 1936. Keadaan ini dapat dilihat pada wajah orang-orang tua dahulu kala apabila mereka membuka cerita mengenai laga kerbau. Mereka akan menceritakannya dengan begitu teruja sekali sama ada pernah menyaksikan di depan mata ataupun mereka terlibat sendiri dalam pertandingan itu.

Menurut penduduk, dahulu kerajaan Negeri Kedah pernah menjadikan laga kerbau sebagai salah satu permainan rasmi di Negeri Kedah. Biasanya pertandingan laga kerbau secara rasmi diadakan selama dua kali dalam setahun di Anak Bukit dan akan dihadiri oleh kerabat di raja, pegawai-pegawai serta seluruh rakyat jelata. Oleh itu, satu gelanggang telah dibina khas yang menyerupai stadium dan dikenali sebagai ‘Hang”, untuk pembaca setia orangkedah.com. Gelanggang yang disediakan adalah berukuran 300 kaki persegi dan mempunyai tempat duduk yang bertingkat-tingkat.

laga kerbau 3

Tempat duduk yang disediakan adalah diperbuat daripada kayu dan juga buluh serta daun nipah sebagai atapnya. Caj akan dikenakan kepada rakyat yang ingin duduk di tempat khas dan terdapat bumbung di atasnya. Kalau tak nak kena sebarang bayaran, rakyat boleh duduk di tempat yang tidak berbumbung. Jangan risau kerana tempat tersebut telah disediakan pagar kayu disekeliling gelanggang untuk menjamin keselamatan penonton. Bagi kerabat Diraja dan para pegawainya satu tempat khas telah dibina untuk menonton pertandingan tersebut. Pada kebiasaannya pembinaan gelanggang ini mengambil masa kira-kira dua bulan daripada tarikh pertandingan untuk disiapkan.

Namun pada tahun 1936 satu undang-undang telah diwujudkan untuk mengharamkan permainan laga kerbau dan laga ayam di seluruh Negeri Kedah disebabkan oleh beberapa kontroversi pendapat dalam kalangan masyarakat. Pengharaman ini dilakukan kerana permainan laga kerbau dianggap sebagai satu kekejaman yang dilakukan ke atas binatang-binatang. Maka sejak dari itu pihak kerajaan memandang serius akan hal ini dan akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar arahan yang telah dikeluarkan.

laga ayam

Namun, bukan mudah untuk menhapuskannya kerana ianya merupakan satu permainan yang telah sebati dalam kehidupan masyarakat serta akan mengambil masa yang lama untuk menghentikannya. Generasi sekarang mesti ada yang tidak mengetahui permainan laga kerbau dan mungkin menganggapnya sebagai salah satu perkara yang unik. Mereka hanya mengetahui permainan ini daripada cerita orang tua-tua sahaja dan mereka dapat membayangkan betapa meriah dan hebatnya permainan laga kerbau sehingga masyarakat Kedah dapat menjiwai permainan tradisi tersebut dalam diri masing-masing.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.