Selamatkan Pantai Chenang, Langkawi Kedah Daripada Gejala Maksiat!!!

Pantai Chenang merupakan sebuah pantai yang menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin ke Langkawi. Permandangan yang memukau dan persekitaran yang indah merupakan tarikan utama Pantai Chenang. Pengunjung asing rata-ratanya memilih Pantai Chenang sebagai pilihan yang utama. Namun disebalik keindahannya terdapat juga beberapa aktiviti yang tidak elok dilakukan di kawasan sekitar Pantai Chenang.

langkawi

Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Temayong dikatakan bergerak aktif dalam mengadakan rondaan berskala bagi memastikan kawasan sekitar terhindar daripada gejala sosial dan mencegah anak muda tempatan daripada terjebak dengan aktiviti najis dadah serta minuman keras. Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Kampung Bohor Tempoyak iaitu Abdul Rahim Othman berkata selain memastikan kerukunan penduduk sekitar, pihaknya juga turut memantau aktiviti di kawasan pusat hiburan sekitar pantai terbabit.

rukun tetangga

Berdasarkan beberapa pemantauan yang telah dilakukan terdapat tiga atau lebih pusat hiburan yang beroperasi secara terbuka dan menyajikan persembahan ala live band. Keadaan ini termasuklah penjualan arak yang berleluasa kepada para pengunjung. Abdul Rahin juga berkata operasi yang dilakukan bermula pada pukul 11 malam dan berakhir pada sekitar 1 pagi itu dilakukan pada setiap minggu yang membabitkan kawasan Pantai Chenang sepanjang hampir dua kilometer.

pantai

Menurutnya lagi hasil daripada pemantauan, didapati sebuah kelab yang agak ekstrem dipenuhi oleh ramai pengunjung dan sebahagian besar adalah pelancong asing yang berkumpul di kawasan pantai. Terdapat juga anak-anak muda tempatan yang berada di sekitar kelab tersebut. Hal ini membimbangkan kami kerana takut mereka terjebak dengan budaya barat. Oleh itu, perkara ini perlu dibendung kerana gejala sosial seperti ini kian menjadi-jadi terutamanya penggunaan arak dalam kalangan remaja dan belia.

pelancong

Abdul Rahin juga turut melahirkan kebimbangan bahawa kemungkinan pusat hiburan tersebut mengandungi bahan terlarang seperti pil ecstacy secara tersembunyi. Pihaknya juga memohon kepada pihak berkuasa supaya memantau segera gejal tersebut agar tidak mengganggu kehidupan masyarakat setempat selain mencemarkan imej Pulau Langkawi sebagai pulau pelancongan di Malaysia.

Penjualan minuman keras didakwa semakin berleluasa dan pihaknya amat kecewa serta khuatir tiadanya pantauan secara berkesan yang menyebabkan ada pengusaha pusat hiburan yang menjalankan perniagaan tersebut sehingga lewat pagi. oleh itu diharap juga agar pemimpin setempat memberikan komitmen serta tumpuan yang serius terhadap gejala sosial yang semakin berleluasa di Langkawi Kedah. Selamatkanlah generasi muda kerana mereka merupakan penerus legasi di Malaysia.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.