Senarai Gunung Wajib Didaki Di Kedah

Sebut sahaja mengenai ‘hiking’ pasti masyarakat Malaysia begitu teruja mendengarnya. Pasti ramai yang tidak mengetahui bahawa di Kedah juga terdapat gunung-gunung yang indah untuk dinaiki dan ketinggiannya juga boleh tahan juga tingginya, untuk pembaca setia orangkedah.com. Berikut merupakan senarai nama gunung-gunung yang popular di Negeri Kedah.

gunung jerai

(1) Gunung Jerai

Gunung Jerai merupakan gunung yang terkenal di negeri Kedah dan ianya terkenal sebagai Puncak Kedah. Gunung ini terletak di antara sempadan daerah Kuala Muda dan Yan Kedah serta mempunyai ketinggian setinggi 1,207 meter. Pemandangan Gunung Jerai boleh dilihat dari Pulau Pinang dan daerah-daerah berhampiran dengan negeri Kedah. Dikatakan bahawa gunung ini boleh dilihat oleh kapal-kapal yang melalui Selat Melaka iaitu sejauh 100 kilometer. Suhu tahunan di Gunung Jerai adalah sekitar 19 hingga 24 darjah celcius dan selalu dilitupi oleh kabus tebal terutama pada musim hujan dan kadang-kadang pada awal pagi. Pelbagai aktiviti yang menarik ditawarkan seperti merentasi hutan bagi pencinta alam semula jadi.

gunung bintang

(2) Gunung Bintang

Gunung Bintang merupakan gunung yang tertinggi di Kedah. Gunung Bintang merupakan sebuah gunung yang menjadi titik sempadan antara negeri Kedah dan negeri Perak dan mempunyai ketinggian setinggi 1,862 meter dari aras laut. Perjalanan untuk ke puncak Gunung Bintang mengambil masa lebih kurang 12 jam tetapi bergantung terhadap stamina pendaki serta jarak pendakian adalah sejauh 13-14 kilometer. Gunung Bintang boleh dibahagikan kepada beberapa checkpoint, CP1 Pertama adalah kawasan air terjun, CP2 permatang dan CP3 terakhir adalah di kem Bunian. Suhu di puncak ini agak sejuk tetapi sangat berbaloi apabila melihat permandangnnya yang tidak akan dapat diucap dengan kata-kata.

gunung baling

(3) Gunung Baling

Gunung Baling mempunyai ketinggian sekitar 420 meter dan termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops yang terdiri daripada batuan batu kapur. Laluan untuk sampai ke puncak gunung dapat dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pertama laluan hutan sederhana yang bertanah, kedua laluan hutan sederhana yang berbatu dan yang ketiga ialah laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh. Permandangan di puncak Gunung Baling sangat menarik dan tidak akan mengecewakan.

Jika anda hendak ke sini, anda boleh terus pergi ke Pekan Baling dan jumpa jambatan, lepas itu jumpa Tokong Cina dan akhir sekali akan jumpa kedai runcit dan terus ambek lorong sebelah kiri. Checkpoint ke puncak Gunung baling adalah di belakang rumah orang kampung, selepas itu akan menjumpai dusun buah dan seterusnya akan menjumpai trek untuk sampai ke puncak dimana trek akan di ikat dengan tali merah dan diletakkan botol.

gunung pulai

(5) Gunung Pulai

Gunung Pulai merupakan salah satu gunung yang wajib anda jejaki jika berada di Kedah. Gunung Pulai dikatakan lebih tinggi daripada Gunung Baling iaitu mempunyai ketinggian sebanyak 565 meter dari aras laut. Trek Gunung Baling dan Gunung Pulai tidak sama walaupun berada dalam kawasan yang sama. Starting point Gunung Pulai bermula dengan kawasan berbatu-batu, tajam, dan sangat-sangat menguji mental apabila hendak memanjat ke atas puncak. Jika anda tidak mahir jalan ke gunung besar kemungkinan akan sesat dan nasihat daripada guider semasa di starting point ambil trek yang menghala ke sebelah kiri. Boleh dikatakan trek di sini 90 peratus adalah berbatu dan digalakkan untuk memakai kasut yang sesuai dan glove. Selamat mencuba.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.