Senarai Nama Sultan Kedah Dari Dahulu Sehingga Sekarang

Assalamualaikum semua, hari ini admin nak memberitahu semua mengenai nama-nama dan sedikit latar belakang Sultan yang pernah menjadi Sultan Kedah sejak tahun 1136 sehingga sekarang. Bermula dengan Sultan Mudzafar Shah I iaitu memerintah Kedah sekitar tahun 1136 sehingga tahun 1179. Nama asal Sultan Mudzafar Shah I ialah Merong Mahawangsa yang bermaksud Naga Laut Pembesar Bangsa Harimau. Pada era pemerintahannya Kedah berada dalam era kegemilangan. Dipercayai beliau dimakamkan di Lembah Bujang, Sungai Petani Kedah.

istana

Selepas itu ialah Sultan Mu’adzam Shah yang memerintah sekitar tahun 1179 sehingga 1201. Tidak banyak maklumat yang diperoleh mengenai Sultan Kedah yang kedua. Sultan yang ketiga ialah Sultan Muhammad Shah yang memerintah sekitar tahun 1201 sehingga tahun 1236. Sultan yang keempat ialah Sultan Mudzaffar Shah II yang telah memerintah Kedah sejak tahun 1236 sehingga 1280. Baginda bertakhta di kota siputeh dan telah mangkat sekitar tahun 1280 serta digantikan dengan anakdanya iaitu Sultan Mahmud Shah I yang menjadi Sultan Kedah kelima.

Sultan Mahmud Shah I memerintah Kedah dari tahun 1280 sehingga 1321 dan telah berkahwin dengan Tunku Aishah. Hasil perkahwinan tersebut mereka telah mendapat dua orang anak iaitu Tunku Ibrahim yang akan menggantikan tempat ayahandanya sebagai Sultan Kedah dan Tunku Azlin yang dijadikan Raja Bendahara Kedah. Sultan Ibrahim menjadi Sultan Kedah yang keenam sekitar tahun 1321 sehingga 1373. Seterusnya ialah Sultan Kedah yang ketujuh iaitu Sultan Sulaiman Shah I yang telah memerintah sejak tahun 1373 sehingga tahun 1422 dan digantikan pula dengan Sultan Ataullah Muhammad Shah iaitu Sultan Kedah kelapan serta memerintah Kedah dari tahun 1422 sehingga tahun 1472.

hamid halim

Sultan Kedah yang kesembilan adalah Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin I yang memerintah Kedah dari tahun 1472 sehingga tahun 1506. Sultan Kedah yang kesepuluh ialah Sultan Mahmud Shah II yang telah memerintah dari tahun 1506 sehingga tahun 1546. Baginda telah berkahwin dengan Che Larasari dan mendapat dua orang anak iaitu Muzaffar Shah II dan Tunku Noraishah. Seterusnya ialah Sultan Muzaffar Shah II yang telah menjadi Sultan Kedah kesebelas yang memerintah sejak tahun 1546 sehingga 1602. Sultan Kedah yang ke-12 ialah Sultan Sulaiman Shah II yang memerintah selama 1602 sehingga 1625. Baginda telah berkahwin dengan Che Ranamala dan mempunyai tiga orang anak. Puteranya akan menjadi Sultan menggantikan baginda.

Sultan yang ke-13 ialah Sultan Rijaluddin Muhammad Shah yang memerintah dari tahun 1625 sehingga tahun 1651. Selepas baginda ialah Sultan Muhyiddin Mansur Shah yang memerintah dari tahun 1651 sehingga tahun 1661 sekaligus menjadi Sultan Kedah ke-14. Baginda memerintah seketika di Kota Naga sebelum baginda mengasaskan Kota Sena pada 1651 sehingga 1661. Manakala Sultan yang ke-15 pula ialah Sultan Dziaddin Mukarram Shah yang memerintah Kedah dari tahun 1661 sehingga tahun 1687 dan Sultan Ataullah Muhammad Shah II yang memerintah dari tahun 1687 sehingga tahun 1698 merupakan Sultan Kedah ke-16. Makam beliau dijumpai di Kampung Bukit Pinang, Kedah.

badlishahh

Sultan Kedah yang ke-17 ialah Sultan Abdullah Mu’adzam Shah yang memerintah sekitar tahun 1698 sehingga tahun 1706. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah I merupakan Sultan Kedah yang ke-18 (1706-1709), baginda dipercayai dimakamkan di Makam Diraja Langgar. Seterusnya ialah Sultan Kedah yang ke-19 iaitu Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin II yang memerintah sekitar tahun 1710 sehingga tahun 1778. Baginda dikenali sebagai penguasa Melayu yang paling lama dalam sejarah Melayu dan salah seorang penguasa monarki yang paling lama di dunia iaitu memerintah selama 68 tahun. Baginda digantikan dengan Sultan Abdullah Mukarram Shah (1778-1797) iaitu Sultan Kedah yang ke-20.

Sultan Kedah yang ke-21 merupakan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II (1797-1843). Baginda telah berkahwin sebanyak dua kali, kali pertama dengan Wan Fatimah dan kali kedua dengan Che Arshid. Anakandanya dengan isteri kedua merupakan pengganti baginda iaitu Sultan Zainal Rashid Al-Muadzam Shah I (1843-1854) yang menjadi Sultan Kedah ke-22. Seterusnya ialah Sultan Kedah yang ke-23 iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879). Sewaktu pemerintahannya baginda telah mengubahsuai Balai Nobat dengan menjadikannya sebuah bangunan lima tingkat dan ianya dibina sepenuhnya daripada kayu dan atap zink. Baginda telah berkahwin dengan Wan Tan dan Sultan Zainal Rashid Mu’adzam Shah II (1879-1881) merupakan putera yang menggantikan tempat baginda iaitu Sultan Kedah ke-24.

Selanjutnya adalah Sultan Kedah yang ke-25 iaitu Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1881-1943). Baginda berada dalam masa peralihan sistem iaitu daripada sistem pemerintahan beraja kepada sistem raja berperlembagaan. Dikatakan baginda telah berkahwin sebanyak 8 kali dan mempunyai seramai 45 orang anak dan 92 orang cucu. Antara anaknya ialah Tunku Abdul Rahman dan Sultan Badlishah yang menggantikan beliau iaitu menjadi Sultan Kedah ke-26 sekitar tahun 1943 sehingga tahun 1958. Baginda telah mendapat pendidikan di Kolej Wadham Universiti Oxford.

sultan kedah

Sultan yang terakhir iaitu Sultan Kedah ke-27 adalah Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah 1958 sehingga sekarang. Baginda merupakan lepasan pelajar Wadham College, Oxford mengambil jurusan dalam Sains Sosial dan pentadbiran Awam. Sekitar tahun 1956 beliau telah berkahwin dengan Tuanku Hajjah Bahiyah dari Negeri Sembilan dan telah mangkat pada tahun 2003. Selepas itu, baginda berkahwin pula sengan Che Haminah Hamidun pada tahun 1975 dengan orang kebanyakan dari Perak iaitu Sultanah Kedah sekarang. Senarai di atas merupakan 27 senarai nama yang pernah menjadi Sultan Kedah.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.