Serangan Kedua Oleh Tunku Muhammad Saad Terhadap Tentera Thai Di Kedah

Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com, siri peperangan kedua ke atas Thai yang menjajah Kedah dilakukan antara tahun 1838 sehingga tahun 1839. Dalam peperangan ini tentera Kedah diketuai oleh Tunku Muhammad Saad. Seruan jihad ke atas tentera kuffar Thai ini bukan sahaja sampai kepada orang-orang Islam di Kedah dan Pulau Pinang malah di segenap nusantara dan Mekah.

pengembaraan

Syeikh Wan Abdul Qadir iaitu Mufti Kedah pada masa itu telah mengutuskan surat kepada Syeikh Abdul Samad Al-Falimbani di Mekah bagi menyampaikan maklumat bahawa Kedah dan Pattani akan berperang dengan Thai. Oleh itu, beberapa orang ulama dari nusantara di Mekah termasuk Syeikh Samad bergegas pulang untuk membantu angkatan perang Kedah-Pattani. Di Malaysia, Syeikh Abdul Samad lebih dikenali sebagai pengarang kitab Sairus Salikin dan Hidayatus Salikin.

Namun tanpa diduga musuh mudah sekali dapat menyelinap melalui pengkhianat-pengkhianat. Beberapa surat-surat sulit dari para ulama dapat dipintas oleh musuh. Misalnya seperti, Syeikh Abdul Samad kepada Sultan Mataram telah jatuh ke tangan Belanda. Disebabkan pengkhianatan juga Syeikh Samad Al Falimbani, Syeikh Arsyad Al-Banjari dan Syeikh Wahab pernah ditangkap oleh Belanda sewaktu mereka bertiga pergi ke Betawi. Namun, disebabkan kepintaran mereka akhirnya Belanda terpaksa melepaskan mereka bertiga. Oleh itu, bagi menangani masalah ini salah seorang perancang yang genius iaitu Syeikh Wan Ahmad Al-Fathani telah mencipta kod-kod rahsia sebagai tulisan dalam persuratan.

Selain itu, terdapat juga tokoh-tokoh lain yang turut serta dalam siri peperangan ini termasuklah Dato’ Pekerma Wan Muhammad Ali dari Langkawi, Tunku Muhammad Akib dan Tunku Muhammad Taib dari Setul, Syed Hasan dan Wan Muhammad Arshad dari Perlis. Tentera Islam telah berjaya menawan semula Kota Kuala Kedah daripada Thai. Kemenangan Kedah ke atas Thai di Kota Kuala Kedah dinukilankan di dalam sebuah panji di Muzium Negeri Kedah.

masyarakat

Seterusnya tentera Kedah juga turut berjaya menumpaskan kubu pertadbiran Thai di Alor Ganu sebelum mara ke utara dan berjaya menduduki Hatyai yang pada ketika itu berada dalam wilayah Singgora. Semasa bersiap-siap untuk menyerang Boyang yang kini dikenali sebagai Songkhla iaitu ibu wilayah Singgora, tentera Islam Kedah telah dikepung oleh angkatan perang Thai. Serangan yang diterima daripada setiap penjuru menyebabkan ramai tentera Islam Kedah syahid termasuklah Sheikh Abdul Samad al-Falimbani dan Tentera Islam terpaksa berundur ke Pulau Pinang.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.