Siapakah Pahlawan Tok Moris Di Negeri Kedah?

Tok Moris ialah seorang pahlawan Kedah yang terkenal dan cerita mengenai kehebatannya diwarisi dari turun temurun oleh keturunannya yang bertebaran di Tanah Air terutamanya di Kampung Kubur Panjang, Pendang Kedah. Untuk pengetahuan pembaca setia orangkedah.com Tok Moris ini merupakan singkatan nama bagi Tok Bomoh Idris dan nama ini merupakan penyamaran yang digunakan ketika Perang Musuh Bisik 1821. Nama sebenar beliau ialah Syed Idris dan dikatakan beliau pernah menjadi Raja Kota Setar, Kedah.

pahlawan

Pahlawan Tok Moris adalah seorang hulubalang dari bumi Kedah yang diceritakan telah pergi bersama-sama rakannya ke Bangkok dalam masa Perang Bisik untuk menyelamatkan Sultan Ahmad Tajuddin II. Keadaan ini kerana Sultan Ahmad Tajuddin II telah diperdaya oleh tali barut musuh sehingga Tuanku ditangkap oleh anggota Thai apabila pulang dari tempat persembunyian di Melaka. Tuanku telah dipenjarakan di Bangkok dan ketika itu tidak ada seorang pun yang berani untuk pergi menyelamatkan Tuanku kerana takut akan kehebatan tentera Thai.

Bukan tidak ada langsung yang telah berusaha untuk menyelamatkan Tuanku tetapi ramai anagkatan Melayu telah ditangkap dan dipenggal kepala mereka serta dihimpunkan kepala-kepala mereka semua di sebuah bukit di Bangkok. Walaupun menerima pelbagai berita yang tidak menyenangkan tetapi pahlawan Tok Moris beserta rakan-rakannya telah nekad untuk pergi menyelamatkan Tuanku.

pedang

Akhirnya keputusan telah dibuat dan Tok Moris beserta angkatannya seramai 7 lrang telah bergerak ke Bangkok lalu membuat serangan hendap yang agak dahsyat terhadapt tentera Thai. Satu pertempuran yang sangat hebat dari segi keilmuan berlaku antara kedua-dua pihak. Angkatan Tok Moris telah dapat menewaskan musuh dan berjaya memecah masuk penjara tentera Thai serta menyelamatkan Tuanku Sultan berkat pakaian ilmu ‘sulam kalimah’ yang dipakai oleh mereka.

Apabila didapati kehebatan ilmu pahlawan Thai amat sukar dibunuh di bumi mereka sendiri makan pasukan Tok Moris telah mengheret para pahlawan Thai yang seramai 40 hingga 50 orang. Mereka mencucuk rotan ke telinga tawanan kemudian mengikat tentera Thai secara beramai-ramai dan dibawa pulang ke bumi Melayu (Kampung Perupok). Kampung tersebut menyaksikan pembunuhan yang dilakukan terhadap tentera Thai dan kesemua mayat tersebut di tanam di Kubur Panjang Kedah.

kubur panjang

Jasa yang diberikan Tok Moris dan rakan-rakannya telah menyebabkan mereka diberikan anugerah oleh Sultan Kedah iaitu Tanah Ampun Kurnia seluas seratus ribu relong. Tanah tersebut adalah seluas bermula dari Kampung Patani di timur sehingga ke Kampung Perupok di barat dan dari Mukim Lesong di utara sehingga Sungai Rambai di selatan. Selain itu, senjata-senjata milik Tok Moris ada yang masih disimpan oleh warisnya dan seorang cicitnya berkata beliau masih menyimpan sebilah pedang yang berukuran lebih kurang 3 kaki panjang. Pedang ini juga boleh digulung menjadi tali pinggang dan boleh menegak apabila digunakan sebagai senjata pertempuran.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.