Siapakah Sebenarnya Di Sebalik Gelaran Panglima Hitam Di Kedah?

Nama Panglima Hitam begitu serasi dalam kalangan pahlawan-pahlawan di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Namun, siapakah sebenarnya gerangan yang dipanggil Panglima Hitam? Adakah beliau seorang yang benar-benar hebat sehingga nama Panglima Hitam ini menjadi satu nama Lagenda dalam ilmu bela diri Melayu. Kali ini admin akan menceritakan serba sedikit mengenai Panglima Hitam. Mungkin ramai yang lebih arif mengenai kewujudan Panglima Hitam ini dan admin harap adalah yang sudi berkongsi pandangan dengan orang ramai.

Berbalik kepada cerita asal, sejarah telah menunjukkan bahawa setiap Sultan di Tanah Melayu mempunyai pengawal peribadi yang sangat handal dalam pertempuran. Pengawal peribadi tersebut digelar Panglima Hitam. Jadinya gelaran nama Panglima Hitam ini bukanlah tertakluk kepada satu nama mahupun seorang individu sahaja. Antara panglima yang tersohor ialah Panglima Hitam Taiping atau nama sebenarnya Tengku Daeng Kuning iaitu anak raja Bugis yang menjadi pendekar terbilang sekitar abad ke-18, Panglima Hitam Kuala Selangor, Panglima Hitam Jugra, Panglima Hitam Muar, Johor dan Panglima Hitam Segamat, Johor.

lidah hitam

Di Negeri Selangor, Panglima Hitam adalah pahlawan yang berani dan setia dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan Sultan, Istana dan Kerajaan. Panglima Hitam yang termasyhur di Negeri Selangor adalah pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ibrahim iaitu Sultan Selangor yang kedua dan Almarhum Sultan Muhammad iaitu Sultan Selangor yang ketiga. Daeng Ali juga dikatakan menjadi pengawal peribadi kepada Almarhum Sultan Abdul Samad yang merupakan Sultan Selangor yang keempat.

Negeri Johor pula memperlihatkan, terdapat dua individu yang digelar Panglima Hitam iaitu Panglima Hitan di Muar, Zahiruddin yang berasal dari Padang Pariaman Minangkabau Sumatera. Dikatakan beliau menrupakan pengasas kepada Silat Lintau sekitar abad ke-16 dan Panglima Hitam di Segamat yang merupakan pemimpin ketenteraan serta telah berjaya mengalahkan kumpulan pemberontak dalam perang Jementah yang terjadi di dalam kawasan Segamat. Menurut sejarah Panglima Hitam yang paling terkenal sekali berada di Negeri Perak iaitu Tengku Daeng Kuning yang merupakan anak Raja Bugis dari Makasar, Sulawesi.

daeng kuning

Gelaran ini diberikan kepada beliau kerana bersempena dengan ilmu kependekaan yang tinggi dan sentiasa memakai pakaian yang berwarna hitam. Beliau mula-mula sampai di Kepulauan Tanah Melayu pada tahun 1813 bersama-sama dengan 6 saudara yang lain. Sesampainya di Tanah Melayu mereka 7 bersaudara masing-masing membawa haluan sendiri mengikut ilmu dan firasat masing-masing. Maka berpecahlah mereka ke negeri-negeri yang terdiri daripada Perak, Pahang, Kedah, Terengganu, Johor, Selangor dan Melaka.

Kesimpulannya, nama Panglima Hitam yang dipakai ini telah menjadi simbol kepada seseorang yang tinggi ilmu kependekaran selain mempunyai sifat berani dan setia kepada raja dan juga negera. Pengiktirafan di atas sifat keberanian dan jasa Panglima Hitam ini terbukti apabila Panglima Hitam ini telah diabadikan pada Pasukan Khas Laut (Paskal). TLDM sebagai kapal Diraja Panglima Hitam.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.