Siapakah Tok Pasai Yang Dimakamkan Di Kuala Kedah

Tok Pasai berasal dari Pasai Indonesia dan beliau telah datang ke Kedah pada 1844. Tok Pasai memiliki tubuh badan yang tegap, berakhlak mulia dan dihormati oleh penduduk setempat. Di Indonesia beliau merupakan seorang pejuang agama dan mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi. Oleh sebab itu, beliau menjadi buruan pihak Belanda dan terpaksa berhijrah dari tempat asal sehinggalah membawa beliau ke Kuala Kedah. Untuk makluman orangkedah.com, makam Tok Pasai yang terletak di Kuala Kedah menjadi satu misteri kepada peminat sejarah tanah air dan makam tersebut telah dikategorikan sebagai makam purba seperti makam Sultan Muhiyuddin Mansur Shah di Pulau Langkawi Kedah.

jambatan tok pasai

Cerita mengenai Tok Pasal dimulai dengan kisah Khalifah Syarif Abu Bakar Syah ibni Sultan Muhiyuddin Mansur Syah yang pernah memerintah di Toung Oo Burma. Di Burma baginda dikenali sebagai Maha Dammayaza dari bahasa Arab yang bermaksud ‘raja dari berlainan darah’. Setelah beberapa lama ayahanda baginda Sultan Muhiyuddin Mansor Syah telah mangkat pada tahun 1758 dan selepas itu kerajaan Toung Oo telah diserang oleh Alaungphaya dari puak Sukuthai.

Disebabkan dipimpin oleh seorang raja muda yang tidak mempunyai pengalaman akhirnya kerajaan Toung Oo telah tewas dan baginda bersama para pengikutnya kembali ke Ayuthai di negeri Siam. Dalam tahun 1765 Khalifah Sharif mengambil alih tampuk pemerintahan ayuthai dan bergelar Suriyamarin, Boromoraja Ekathaat V yang menggantikan Sultan Muzaffar Syah ibni Sultan Ismail Jambu Patani.

tok

Hikayat Patani ada mengatakan bahawa hubungan antara Patani dengan Kerajaan Ayuthia yang mana Sultan Mudzafar Shah telah berkata ‘Apa bicara kita hendak pergi ke Ayuthia dan Peracau (Cau Pija bermaksud maharaja) pun tak orang lain pada kita daripada sebuah negeri baiklah dua’. Sembah semua menteri ‘Daulat Tuanku, sebenarnya seperti titah Duli Tuanku Yang Maha Mulia supaya bertambah kebesaran Duli Syah Alam termasyhurlah segala negeri yang jauh.

Maksud Chau Pija dan Duli Syah Alam ialah Sultan Mahmud Syah yang merupakan adik ipar Sultan Muzaffar Syah. Sultan Mahmud berkahwin dengan Puteri Nang Kemuning adinda Sultan Muzaffar. Manakala Sultan Khalifah Sharif Abu Bakar Syah berkahwin dengan Tengku Marin, puteri kepada Sultan Langkat. Maksud tak orang lain kepada kita ialah Uthompon Sultan Muzaffar Syah adalah datuk saudara Khalifah Sharif dan ayah saudara Sultan Muhiyuddin Mansur Syah. Anakanda Sultan Idris dan permaisurinya iaitu Raden Megat Tam Tunggal telah dibunuh dalam tahun musuh bisik 1821 dan makamnya dipercayai berada di Tanjong Inggeris, Langgar.

sejarahnya

Baginda Tok Pasai atau Sultan Bendahara Raja Badi Uz-Zaman al-Marhum Raja Kahar telah datang menghadiri majlis perkahwinan Diraja di Kota Kuala Kedah dalam tahun musuh bisik dan dikatakan mereka telah mati syahid di lautan Kuala Kedah. Kapal yang dinaiki baginda telah tenggelam apabila dibedil dengan meriam di Kuala Kedah. Mayat baginda dikatakan telah timbul semula dan mayatnya telah dikebumikan oleh pengikut baginda di Kuala Kedah.

makam

Makam inilah yang mana dikenali sebagai Makam Tok Pasai. Dahulu disekelilingnya makam ini terdapat beberapa buah kubur para pengikut yang mati syahid namun telah dimusnahkan kerana mahu menghapuskan bukti-bukti mengenai Tok Pasai. Namun, usaha mereka untuk mengubah Makam Tok Pasai menemui jalan buntu dan keadaan ini membuatkan makam ini telah menjadi khazanah peninggalan yang bermakna untuk kita pada hari ini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.