Tasik Biru Bekas Kuari Di Pokok Sena Kedah Jadi Tarikan Pengunjung

Kini telah viral di media sosial terutamanya di negeri Kedah apabila dikatakan munculnya Tasik Biru di Kedah. Tasik Biru ini dikatakan terletak di Kampung Hutan Kelubi, Mukim Jabi dan merupakan kolam bekas kuari. Untuk makluman pembaca setia orangkedah.com sejak tersebarnya akan keindahan dan kecantikan airnya yang biru tempat tersebut telah menjadi daya tarikan baru bagi pengunjung tidak kira pengunjung dari Kedah sendiri mahupun negeri-negeri lain.

kolam

Menurut petikan daripada Sinar Harian, penduduk yang bernama Abu Bakar Talib, 67 berkata, kolam tersebut mula menjadi tarikan orang ramai sejak beberapa tahun yang lalu apabila diviralkan di laman sosial Facebook. Hal ini menyebabkan ramai pengunjung yang datang dan mahu menyaksikan sendiri keindahan tasik biru yang dihebohkan di media sosial. Menurutnya lagi pada asalnya kolam tersebut adalah merupakan sebuah bukit yang dikorek untuk kerja-kerja pembangunan dan selepas ditinggalkan ianya telah menjadi tempat rekreasi dan kolam mandi.

kuari

Pengunjung akan memenuhi kawasan ini pada waktu petang untuk beriadah bersama keluarga dan berehat kerana suasananya yang dikelilingi bukit setinggi 15 meter serta menenangkan. Menurut penduduk kampung, sebelum ini terdapat juga beberapa bekas kolam yang ditinggalkan tetapi airnya tidaklah sejernih dan sebiru seperti kolam ini. Apa yang membuatkan kolam ini lebih istimewa lagi apabila airnya tidak akan kering setiap kali musim kemarau walaupun airnya semakin susut, namun ianya hanya untuk sementara waktu sahaja.

Bagi beberapa orang pengunjung yang telah datang ke sini mereka telah memberikan maklum balas yang positif. Katanya air kolam itu sangat sejuk dan ramai golongan muda tidak melepaskan peluang untuk mandi terutamanya pada waktu musim cuti. Namun ada juga yang ingin datang ke sini tetapi tidak kesampaian kerana tidak menemui lokasi kolam ini. Keadaan ini sangat menghampakan dan nasihat admin rajin-rajinkanlah diri untuk bertanya penduduk di sekitar sini kerana malu bertanya sesat jalan.

tasik

Setelah dilihat akan potensi yang ada terhadap Tasik Biru ini para penduduk mencadangkan agar pihak yang berkuasa supaya turun padang dan melawat kawasan tersebut untuk dimajukan. Mana tahu jika diberi kesempatan untuk dimajukan kawasan tersebut boleh berkembang sebagai tempat pelancongan yang menarik. Bagaimanapun, pihak berkuasa juga perlu memantau sekitar kawasan tersebut supaya dapat mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.