Tempat Makan Popular Di Kedah

Terdapat banyak pilihan yang boleh didapati di Negeri Kedah Darul Aman. Ia bergantung kepada citarasa masing-masing dan disini kami senaraikan antara tempat makan yang menarik untuk dikunjungi oleh anda semua.

Nasi Royal

Nasi Royal memang terkenal di negeri Kedah. Pasti kita akan terdengar dengan kesedapan Nasi Royal ini dari kawan-kawan kita tak kisah asal dari Kedah. Ada juga pengunjung dari luar pergi semata-mata untuk merasa Nasi Royal. Rajin-rajinlah diri untuk google maps jika tidak mahu sesat dipertengahan jalan. Tengok gambar pon dah menarik. Disini kami sediakan alamat untuk pengunjung yang hendak pergi ke sana : 10, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Malai, 05000 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Nasi Kukus

Nasi Kukus Ayam Berempah memang selalu menjadi pilihan jika kita kemana-mana sahaja. Tapi di Kedah, ada satu kedai yang yang POWER iaitu Nasi Kukus Ayam Berempah Syed di Sungai Petani. Memang mengiurkan dan boleh buat sesiapa sahaja lapar bila berada disana. Gerai dia bertempat di Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Boleh ajak kawan-kawan pergi atau saudara mara.

Nasi Lemak

Jangan terkejut dengan namanya kerana bukan terletak di Taiping Perak tetapi di Alor Setar, Kedah. Roti canai juga terdapat disana untuk pelanggan yang ingin kelainan selain nasi lemak. Kalau boleh hendak pergi sarapan, biarlah pergi awal, takut melopong kalau lambat sebab semuanya habis. Tempatnya agak tersorok, maka tempat terdekat untuk diberi landmark adalah Maybank di Jalan Sultan Badlishah. Ada lorong kecil disitu, tengok orang beratur panjang, situ la lokasi dia.

Cendol Pulut

Restoran ini terkenal disebabkan dengan hidangan Cendol Pulut. Dahulu kedai ini dikenali sebagai Cendol Pulut Jo dan ditukarkan nama disebabkan ada pihak yang mencuri nama kendai mereka dan mengambil jenama mereka. Selain daripada itu mereka juga ada lauk pauk untuk makan tengahari. Bolehlah cuba pergi kerana dia berhampiran di Busana Azzahra Changlun.

D'Mula

Untuk anda yang sukakan western food, saya sangat mengesyorkan di restoran ini. Macam-macam hidangan western food, ala thai dan local food. Antara menu popular disini adalah Chicken Chop, Burger dan Shisha. Disini boleh layan bola tapi untuk kanak-kanak kurang digalakan kerana suasana yang tidak begitu sihat untuk mereka yang beranak kecil.

Mana lagi tempat makan yang sempoi-sempoi? Mai habaq, kita kongsi ramai-ramai.

Adioss!

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.