Tokoh Sheikh Abdullah – Pengislaman Maharaja Derbar Raja (Raja Muzaffar Shah)

Sultan Kedah yang pertama memeluk agama islam ialah Sultan Muzaffar Shah kira-kira dalam tahun Masihi 1136 (1531 Hijrah). Sultan Muszaffar Shah asalnya berketurunan Hindu jati yang menaiki takhta kerajaan bagi menggantikan paduka ayahandanya Sri Paduka Maharaja Mahajiwa. Sri Paduka Sultan Muzaffar Shah ialah raja ke-9 Negeri Kedah pada zaman itu yang dikenali sebagai “Kalaha” atau “Kataha”.

padang

Sebelum baginda memeluk Islam, nama banginda ialah Maharaja Derbar Raja. Orang yang berusaha mengislamkan baginda ialah seorang pendeta Arab yang bernama Sheikh Abdullah Bin Salleh Ahmad Bin Sheikh Jaafar Kumiri daripada negeri Shahir, dibawah naugan pemerintah Yaman, Tanah Arab. Sheikh ini bersama dengan beberapa orang sahabatnya sampai ke Negeri Kedah kira-kira dalam tahun 1135M atau 1136M mengikut laluan laut dan berlbuh di Kuala Sungai Baboor (Kuala Sungai Merbok). Setelah baginda memeluk Islam, baginda telah menukar nama negerinya kepada Kedah Darul Aman.

Sri Paduka Baginda sangat menyanjung tinggi Sheikh Abdullah kerana keikhlasan beliau terhadap baginda, kebijaksanaan dan kesopanannya. Baginda kemudiannya telah melantik Sheikh Abdullah sebagai penasihat peribadi baginda. Baginda telah bertitah agar membna sebuah menara di suatau tempat yang tinggi dan berdekatan. Cadangan Sheikh Abdullah agar tapak menara itu dibina di kemuncak Gunung Jerai telah diperkenankan oleh baginda Sultan. Katanya Manara yang hendak dibina itu bukan sahaja untuk dijadikan tempat azan tetapi sebaga satu tempat bagi memperingati pertukaran nama baginda daripada Maharaja Derbr Raja kepada nama Islam baginda dan negeri naugan baginda.

tok

Pekerja yang ditugaskan membina menara tersebut berkumpul di kemuncak Gunung Jerai dan mula mendirikan menara itu di bawah penyeliaan Sheikh Abdullah. Ketika menara itu hampir siap dengan takdir Allah, Sheikh Abdullah jatuh sakit dan meninggal dunia tidak lama kemudian. Sebelum menghembuskan nafas terakhir, beliau telah mewasiatkan agar mayat beliau dikebumikan di tanah rata berhampiran dengan menara yang hampir siap itu. Wasiat beliau telah diperkenankan oleh baginda dan disempurnakan oleh para menteri. Dengan itu, tanah rata di kemuncak Gunung Jerai sehingga kini dipanggil ‘Padang Tok Sheikh’ sempena mengambil nama Gunung Jerai.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.