Ustaz Zaki Wali Gerek Asal Dari Sanglang, Kedah

Masihkah anda ingat dengan kisah Ustaz Zaki yang berulang alik dari negeri Perlis ke negeri Kelantan dan adakalanya beliau akan kayuh basikal usangnya ke negeri Johor hanya semata-mata untuk mengajar Al-Quran dan Hadith yang tular di media sosial sekitar tahun 2015 yang lalu?

Ramai yang tertanya-tanya, kenapa Ustaz Zaki atau lebih dikenali dengan nama gelaran sebagai Wali Gerek oleh orang ramai ini pilih untuk kayuh basikal jauh ke sana ke mari dan tidak menggunakan khidmat kenderaan awam atau gunakan kenderaan lain seperti motosikal ataupun kereta?

Inilah uniknya tentang keperibadian Wali Gerek ini. Beliau sungguh hebat dan dengan hanya berbekalkan basikal usang dan daif, beliau boleh mengayuh ke merata tempat dengan bertujuan untuk mengajar Al-Quran dan Hadith. Hormatilah pilihan beliau yang gemar berkayuh dan niatnya baik ke jalan agama.

Ustaz Zaki Wali Gerek Asal Dari Sanglang, Kedah

Untuk makluman anda pembaca setia orangkedah.com, nama penuh Ustaz Zaki adalah Zaki Mahmud dan beliau berasal dari Sanglang, Kedah. Sanglang merupakan sebuah kawasan perkampungan yang sebahagiannya terletak di selatan Perlis dan selebihnya merentasi bahagian utara daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Sanglang yang berpusat di Kuala Sanglang pada asalnya merupakan satu mukim di dalam Negeri Kedah. Setelah Perlis diambil dan dibentuk oleh Siam, mukim Sanglang berpecah dua; satu di Perlis dari Kuala Sanglang ke Simpang Empat dan satu lagi dari Kuala Sanglang meliputi Kampung Tok Mengkula, Kampung Sanglang hinggalah ke Kuala Jerlun.

Ustaz Zaki Wali Gerek Asal Dari Sanglang, Kedah

Jangan anda tidak tahu bahawa Zaki Mahmud ini sebenarnya adalah seorang individu yang berpelajaran tinggi. Walaupun dari penampilan luar beliau tidak menggambarkan beliau adalah seorang yang berpendidikan tinggi, namun sebenarnya beliau adalah bekas mahasiswa dalam bidang jurusan Kejuruteraan Kimia.

Wali Gerek yang pernah tular di media sosial facebook ini memilih cara yang tersendiri untuk berdakwah. Beliau menggunakan basikal untuk belajar serta mengajar agama Islam di serata tempat di dalam negara Malaysia dan termasuk di negara Jiran seperti negara Thailand dan negara Myanmar.

Ustaz Zaki Wali Gerek Asal Dari Sanglang, Kedah

Yang diketahui, Ustaz Zaki sudah memiliki lima buah basikal yang dihadiahkan oleh orang ramai. Namun Ustaz Zaki masih tetap memilih dan gemar untuk mengayuh basikal usangnya ke sana ke mari untuk berdakwah.

Terdapat banyak dugaan dan cabaran dalam berdakwah dengan menggunakan basikal. Selain terpaksa berdepan dengan cuaca yang tidak menentu, Ustaz Zaki juga pernah mengalami kemalangan pada waktu malam dan menyebabkan dia tersadai hingga ke siang sebelum mendapat bantuan dari orang ramai.

Ustaz Zaki Wali Gerek Asal Dari Sanglang, Kedah

Walaupun kadangkala ada suara sumbang yang menyatakan ada pilihan lain buat Ustaz Zaki untuk kaedah berdakwah, namun terpulang pada beliau dan ramai yang menyokong segala usahanya dan sudah pasti beliau ada alasannya yang tersendiri kenapa berbasikal menjadi pilihan beliau. Semoga Wali Gerek ini sentiasa sihat dan diteruskan usaha dakwah dan belajar mendalami agama Islam.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.