Wanita Patah Tulang Belakang Apabila Terjatuh Di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar Kedah

Berita terbaru yang berlaku di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). Seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 33 tahun mengalami patah tulang belakang selepas terjatuh dari tingkat lima bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) pada petang semalam. Pengarah Kesihatan Kedah iaitu Datuk Dr Norhizan Ismail berkata bahawa kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 5.30 petang ketika mangsa berkunjung ke hospital untuk melawat sahabatnya.

terjatuh

Menurut sinar harian online, Pengarah Kesihatan Kedah mengatakan bahawa siasatan awal mendapati, mangsa terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan dan bagaimanapun mangsa kini dalam keadaan stabil serta menerima rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma HSB. Mangsa berada dalam keadaan sedar dan kini dia menunggu untuk ujian serta rawatan selanjutnya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Setar iaitu Superintendan Yazri Ismail berkata bahawa berdasarkan maklumat daripada keluarga mangsa, mereka mengesahkan bahawa wanita tersebut mengalami masalah mental. Mangsa dikatakan pergi ke hospital pada waktu melawat tanpa arah tujuan dan didapati melompat keluar menerusi tingkap wad sebelum dia terjatuh dari tingkat lima bangunan berkenaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh diri.

Berdasarkan keterangan polis iaitu daripada pengadu yang merupakan pengawal keselamatan hospital bertugas di Wad 5C, HSB mendapati ketika dia bersama seorang rakan tugasnya sedang bertugas di ruang legar Wad 5D. Pada waktu itu dia menyedari seorang perempuan Cina membuka tingkap cermin dan cuba keluar melalui cermin. Mereka cuba untuk menghampiri mangsa tetapi wanita tersebut menolaknya dan menghalang mereka daripada menariknya. Mereka cuba memujuk mangsa tetapi tidak diendahkan malah mangsa terus terjun dari tingkat lima wad berkenaan dan terjatuh di atas bumbung lobi wad di laluan wad diraja.

terjatuh 2

Pegawal keselamatan tersebut memaklumkan kejadian sebelum bantuan kecemasan dari pihak perubatan tiba. Pegawai perubatan mengesahkan bahawa kecederaan parah berlaku iaitu pendarahan di belakang kepala, patah tulang belakang, patah tumit dan retak tulang pinggul. Mangsa kini sedang dirawat di Zon Merah untuk rawatan lanjut dan difahamkan mangsa mengalami kemurungan serta tidak pernah menerima sebarang rawatan sebelum ini. Mangsa juga tidak bekerja dan hanya tinggal bersama ibunya serta masih belum berkahwin.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

Kontribusi oleh : Freddie Aziz Jasbindar
Editor & founder orangperak.com
Hantarkan artikel dan penulisan anda dengan:
  • emailkan ke botalaboratory[at]gmail.com atau
  • whatsapp ke nombor 014 605 0005
PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.