Warga Bangladesh Mengaku Ustaz Tahfiz Hilang Setelah Identiti Terbongkar Di Kuala Ketil Kedah

Hangat sekarang ini diperkatakan apabila timbul mengenai isu pelajar Tahfiz. Terbaru di Kuala Ketil Kedah pengetua sebuah madrasah tahfiz di Kampung Jawa di sini yang didakwa warga Bangladesh didapati menutup madrasah tersebut selepas identitinya terbongkar.

kanak-kanak

Menurut laporan daripada orang ramai lelaki warga Bangladesh yang menyamar sebagai etnik Rohingya itu memperalatkan pelajarnya bagi kepentingan peribadinya sejak madrasah tersebut beroperasi pada Julai 2016. Menurut seorang etnik Rohingya yang tinggal di sini sejak 16 tahun yang lalu iaitu Hassan Dil Muhammad berkata identiti lelaki tersebut terbongkar selepas sekumpulan jemaah tabligh menziarahi madrasah berkenaan pada hujung Mei lalu.

Katanya lagi dalam kumpulan jemaah tersebut ada yang datang dari Bangladesh dan dalam pertemuan tersebut baru tahu lelaki yang mengaku Rohigya itu sebenarnya adalah dari Bangladesh. Hassan mendakwa bahawa kanak-kanak itu sering diberi arahan mengutip derma di masjid terutamanya pada hari Jumaat. Terdapat juga aktiviti belajar tetapi banyak aktiviti kanak-kanak ini dalam mengutip derma daripada orang ramai.

pusat tahfiz

Namun, sejak tahfiz tersebut ditutup sudah tiada budak-budak tersebut kutip derma. Katanya lagi mereka mengutip derma dengan alasan untuk anak-anak yatim tetapi budak-budak itu diambil sementara daripada ibu bapa Rohingya yang tinggal di negeri ini. Penduduk Kampung Jawa yang hanya dikenali sebagai Rahimah berkata pelajar di maahad berkenaan tidak lagi kelihatan sejak Ramadhan tahun lalu.

Rahimah berkata bahawa dia tidak tahu ke mana budak-budak tersebut pergi kerana tiba-tiba sahaja hilang. Biasanya budak-budak ini akan berjalan-jalan di kampung ini pada sebelah petang tetapi sekarang sudah tiada. Sementara itu menurut laporan daripada sinar harian mereka berjaya mendapatkan penjelasan salah seorang individu yang nombor telefon dan namanya tertera dalam kain rentang di tahfiz tersebut.

tahfiz

Zainal Sulaiman dari Ipoh yang diletak sebagai Pengerusi menafikan terbabit dengan madrasah tersebut. Katanya dia pun tidak tahu bahawa namanya sudah digunakan kerana sebelum ini pihaknya menyalurkan bantuan disebabkan kesian kepada kanak-kanak Rohingya tersebut. Namun apabila diselidik banyak bantuan tidak sampai kepada pelajar Rohingya tersebut.

Loading...

Anda dijemput untuk like facebook page rasmi orangkedah.com

PERINGATAN: Pihak kami tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.